June 24, 2009

.kita main rindu-rindu nak?.

.
hari ni aku tak de apa yg nak dimuatnaikkan kat dlm blog ni.
aku hny melilau2 n merayap2 kt friendster, facebook n blog2 lain.

aku kebuhsanan juga sbnrnya..
dan masih membilang2 hari bila masuk sem.

*rindu jugak nak mengadap buku dgn rambut yg kucar-kacir bila dekat nak exm..
*rindu jugak aku bila nak tidur2 dlm kuliah kt dkp yg selesa.ops..hahaha.
*rindu jugak nak bermain2 mata dengan lecturer2 ku yang comel2 dan hensem2. ^_^

*rindu jugak nak bermain2 dgn bacteria2 kt microbiology lab dan mengira2 biji jagung kat dlm genetic lab..

*rindu nak dengar suara2 merdu bebelan lecturer2 ku yang malang dapat pelajar macam aku. hehe;p

tu lah aku, bila balik u, aku nak blk rumah, bila balik rumah, nak balik u.
tak pernah rasa nak bersyukur dgn apa yang ada.
hahaha;D terok betul la.

bila kt rumah ni,
*rindu kt kawan2 pulak.
confirm terbelit lidah aku nanti cakap ngan korang sbb nak "tukar bahasa"..
my hosmet2 ku = fizi, ila, zai, sue, wae, n hasnur..
geng2 girlz hang out a.k.a Anggerik's.. = kal, k.teha, aini, ain J, nacha, dayah, k.balqis, mek ti, n mai..
budak2 FB n FST yg ku sayam2..hehe;p sayam kerr?



bila mereka berjauhan, ku rindu-rinduan, bila mereka dekat2, ku buat2 tak tahu.
kan dah rindu kat "besfren2" di sana tu. lalala~
*egoku tergugat bila merindui mereka..ahaks!;p

.

June 22, 2009

.sedih = sad.. lei = tears.

hari ni,
tatau la nape..
tetiba aku ni sensitif sangat..
tiba2 je senang2 kuar air mata..
bukan senang air mata aku nak kuar,
aduh. jatuh gak ego aku.
pdhal masa kupas bawang,
xde pon jd cmtu..
mungkin..
perubahan hormon kot.

...
masa aku baca blog cousin aku,
sangat sedih.. sebak.
aku tahu dia sangat sedih,
tapi aku hanya mampu mendengar @ melihat rintihan dia..
aku tak mampu berbuat apa2..
ya Allah, tabahkan lah hati dia..
Along, banyak2 bersabar ye..
Allah nak uji kita..

...
hari ni jugak
aku tengok result final exam.
aduss. lagi down.
jatuh teruk.
dah la duk sorang2 kat rumah..
tatau nak luah kat sape.
ya Allah, berilah daku kekuatan..

...
hari ni jugak, kawan aku cakap..masa ym.
faris fauzi: haha
faris fauzi: sensitif giler
faris fauzi: mcm pmpuan plak budak ni
faris fauzi: huhuhu
ish budak ni kutuk aku.

...
hari ni jugak..
aku masak paprik.
adess..terlebih masin la pulak.
memang jiwa kacau.
...
aku cepat je ok.
cepat je lega..
sbb aku tahu..
Allah sentiasa ada bersama aku.
jadi aku rasa ok bila aku fikir aku ada DIA.
apa2 tempat mengadu aku ialah DIA.
tu lah aku,
time susah hati or tensen,
baru cari or ingat DIA.
teruk betul aku ni.
astaghfirullah..
ya Allah, Engkaulah tempat aku mengadu..

...
tiba-tiba je teringat 5t5b-Hlovate.

pasal maksud surah
al-Insyirah:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?
Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu.
Sesungguhnya di samping kesukaran
datanglah kesenangan.
Sesungguhnya di samping kesukaran
datanglah kesenangan.
Apabila engkau telah selesai
(mengerjakan sesuatu pekerjaan)
maka bersusah payahlah
(mengerjakan lain pekerjaan).
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
...
.verily after each difficulty, there's a relief. [5t5b]
.
.

.notes::
  • lei (mandarin) = tears.
  • la tahzan (arabic) = don' be sad

June 20, 2009

i hate trouble..!

time bosan2 ni..huhu;p layan lagu jap..

How i hate the way
He makes me feel
And how i try
To make him leave
I try
Oh, oh, i try

But he's
There in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I'm a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

petikan sikit dari lagu trouble is a friend-lenka..

jiwang jugak kalo tengok lirik ni..huhu;p..layan je la..


June 19, 2009

demam..?

asslmualaikum wbt.
adeh dah lame tak bermain2 kat blog ni.
tatau nak type ape. kering idea jugak.
nak catit ape yg dibuat hari2..dat's not me.
ni bukan diari kehidupan aku.huhu.
kalau setakat cerita tentang aktiviti2 cm program yg aku sertai ye jugak.
huhu. tapi xkisah la lain orang lain caranya..
yang penting, kita enjoy berblog..hehe;p


berbalik dengan tajuk entri..
ape ke helnye..? demam?
aku demam..?
hahaha;D
demam ni macam2 jenis jugak.
ada demam kura2..
ada demam kambing..eh, ada ke? main2 pulak..
tu demam main2..hehe.
ada demam kuning
ada demam denggi
ada demam panas
ada demam campak
tu baru kategori demam sakit yang disahkan oleh jabatan kesihatan disebabkan infection kat badan

kalau demam yang tak diketahui apa virus or bakteria, camana?
contohnya;
demam bola
demam cinema/pawagam
demam movie
demam friendster, facebook, myspace

dan demam2 lain yg bergantung dengan interest masing2
demam angau
demam rindu lah, demam cinta lah..
demam kemalasan
..pon ada
apa kehelnye?

tatau nak komen apa..tu sume tu dikira demam jugak ke? demam rekaan kot, mengikut musim2 tertentu..hua3..ada ubat kah demam2 itu? camana kalau aku terkena demam2 camtu? demam biasa pun malas nak makan ubat.. huish.. dasyat kah demam2 itu? huhu..


oleh sebab entri ni ada kaitan sedikit pasal demam, tetiba aku terfikir, demam tu apa sebenarnya..so aku main2 la search n ada jumpa sket info2 yang menambah sedikit pengetahuan untuk aku..hehe;p


http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Demam


p.s.:: jagalah kesihatan anda.. n rajin2 lah makan ubat kalau demam tu.



June 14, 2009

~5 tahun 5 bulan~ my review!!!

...

wah3~
hahaha.. dapat aura baca novel dari nasnas..
fuh..dah lama aku tak melayan novel-novel nih.. beberapa hari bertungkus-lumus nak habiskan itu.. hahaha. kuat semangat jugak ye semata-mata untuk habiskan bacaan sebuah novel tu (lame macam 5 tahun 5 bulan)..kih3~ hyperbola giler..tak de la sampai 5 thn 5 bln.
hehe.

5t5b - 5 tahun 5 bulan.. yang telah ku beli sendiri.. tercari-cari akhirnya dijumpai dan kubeli sendiri..



My review through this conversation.. (hasil sedikit ciplaking, sedikit ubah2, dan sedikit rekaanku dari novel itu.. it's just a review!)

hang li lo: nas wangi, hang li lo rindukan nas wangi.. i miss u like orang gilak!!~

nas wangi
: hehehe. ni mesti dah sampai part Aberdeen 5t5b ni.. nas wangi a.k.a dang wangi.. sapelah jebatnya.. u rindu i?? terharu;-) hehe.

nas wangi in my thought is nasnas, whatever what's her name..she's my best friend like yaya's jo in 5t5b for me.. so sweet..huhu.
....

hang li lo: nas wangi, where r u? dah lama u tak online...dah lama tak nampak u YM..

nas wangi:
u rindu i kat YM ye.. sultan mansur u tak online ke? hehe.

hang li lo:
hahaha..sultan mansur mane pulak ni.. disebabkan aura 5t5b punya pasal.. nas wangi n hang li lo bukak hikayat baru pulak.. bukan setakat hikayat hang li jo kat tanah Aberdeen je..pengaruh novel punya pasal nih..huhu..

nas wangi:
hang li lo tengah wat pe tu?

hang li lo:
hang li lo tengah basuh beras nak tanak nasi..hahaha;D

nas wangi:
o0o ye ke? berlatih jadi 'ana' ye..hehe..

hang li lo:
hahaha.. iye lah kot.. mesti lah teringin ikut contoh teladan yang baik dari seorang perempuan yang bernama 'ana'..wah3~ is dat me? huh. ye lah insaf lepas baca tu.. 'ana' tu.. dah la pandai masak..student medic yang pandai pulak tu..wah3 i kagum gila dengan watak 'ana' dalam novel ni.. huhu..

nas wangi:
kan2.. agama pun ok.. dan memang watak girls dalam cerita hlovate ni bagus..huhu. i nak wat peach cobbler untuk besday mak i nih..hehe. doa2 lah menjadi ye..

hang li lo:
hahaha.. sekali lagi terkena penangan novel 5t5b.. alang2 ada resipi dalam tu.. i pun nak wat jugak lah.. i pun nak belajar jadi 'ana'...hua3~

nas wangi:
em.. memang kena belajar jadi 'ana'.. kalau tak, kesian suami i bila dah kahwin..hehe..dah jauh angan2 tuh.. okey! go2! peach cobbler!;-).. i ni pon clon jebat tak de lagi.. u la ni tak nak cari kan untuk i..hahaha..

hang li lo:
amoi2 nak suruh i carikan pulak.. sultan mansur i pon belum tentu lagi sape..hahaha. sometimes i also believe that.."boys are stupid, some mens too".. huh. hmm~ i macam philophobia atau gamophobia jugak nih.. hehehe.. anyway, tak kisah la.. hang jebat ke sultan mansur ke..tak kisah pun diorang tak de.. but we still have Him(Allah) kan?.. apa yang kita dapat drpd cerita ni jugak.. jodoh kan Allah yang tentukan.. life is so unpredictable~ huhu..

nas wangi:
yup.. doa2 lah n mintak dari Allah moga kita dapat apa yang terbaik untuk kita.. ameen..huhu..

hang li lo:
wah3~ we go too far..so serious about that. again! unpredictable.. macam matured je bila bukak hikayat macam ni..hahaha.. nampaknya kuat betul penangan 5t5b ni..huhu. well, i really appreciate that story..for me, it's too unique.. dan buat saya berangan "happy ending"...

monologku::
jo yang boleh jadi ana..
..dan lei / matleil / lilo mestilah boleh jadi dalila..kih3~

Al-Baqarah
: 216

... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

.....

so..
"harmless flirt"?
"brotherly love"?
hmm~ macam sama.. but my life is SO different..!

.....

philophobia:: takut jatuh cinta
gamophobia:: takut kahwin
..huh.huh. dan huh.??

.....

conclusion::~i really enjoyed reading 5tahun5bulan-Hlovate~

.

June 10, 2009

..jgn tiru mcm kami!..

anda tension?..
anda stress?..
anda serabut?..
anda bengang?..
anda bosan?..

kenapa begitu?..
sbb..
byk homework, esaimen?
byk keje?
putus cinta?
sakit hati?
sakit jantung, paru2, hempedu?
gila?

ade rase nk bunuh diri?..

..tanpa fikir kenapa begitu..
jom!
mari2
kita bunuh diri ramai2 mcm ni..
hehe
seronok taw~

hahaha=D tirulah macam kami..alang2 nak bunuh diri..wat lah secara beramai2..
1, 2, 3..yea!~
..hahaha gilak ke ape..


amaran!.cerita di atas tidak ada kaitan antara hidup mahupun dgn yg dh mati. gambar hny lah gambar.. gambar 'kegilaan' kami.hihi.

monolog:: mengungkap kenangan dulu..


p/s: verily after each difficulty, there's a relief ;) <5t5b-hlovate>


June 9, 2009

.program lagi.

...
Pada 30hb Mei-1hb Jun.. SPRM NS (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan) menganjurkan program jati diri rakan muda sprm 2009 kat Kompleks Rakan Muda Jempol. Peserta2 program seramai 55 orang, terdiri daripada pelajar ipt negeri sembilan, iaitu maktab, politeknik n usim.. seramai 14 orang je wakil SPR USIM (Sekretariat Pencegahan Rasuah USIM) termasuk aku yang menyertai program tu..

.semua peserta termasuk urusetia (pegawai sprm).

.antara peserta2 dari SPR USIM.

...
nak dijadikan cerita..hehe;p

"di sini lahirnya..sebuah cinta..yang murni..abadi..sejati.."
"di sini tersemai cita-cita.."
lalala~

kat sane kami selalu menyanyikan lagu warisan..akhirnya~ huhu.
dan dengan itu lagu ini khas ditujukan kepada seseorang..hehe;p.
jangan marah ye..seperti dijanjikan..aku timbulkan sedikit gosip di sini..gosip ke?

seseorang.. sapekah?

err..

.suspek utama..guess who.


...
30hb Mei 2009
..1st day kami sampai kt sane(Jempol) agak lewat, coz sedikit tersesat, memandangkan perjalanan nk ke sana tu, jauh jugak..dan mase on the way tu, bas rosak la pulak.. nasib baik masih dapat diselamatkan..
..dengan pemanduan yang hebat oleh en.Borhan..akhirnya kami tiba ke destinasi kami.. terima kasih en.Borhan..
..huhu. tidak lupa kpd pengiring terhormat kami, k.yana.. sibuk ja dia..hehe;p

::k.yana..a.k.a pengiring terhormat::

..masa pendaftaran, kami diberi baju free..huhu..suka la kalau dapat free2 nih..hehe..terima kasih kpd sprm.. dan selepas pendaftaran, bersiap-siap untuk taklimat pertama dan aktiviti2 lain seperti yang dijadualkan dlm tentatif program..
..petang tu, riadah bersama-sama dengan urusetia.. perempuan main bola jaring, lelaki main bola tampar.. aku pulak main bola tampar dengan urusetia. mase tu jugak, bola terkena kepala aku.. adoii~ sampai malam, aku penim kepala..huhu.

...
31hb Mei 2009
..program tu berjalan seperti biasa..pagi ada senam robik, poco-poco..dan seterusnya, aktiviti2 lain seperti gotong-royong dan LDK..




::kami gotong-royong mengikut kumpulan masing2.. -kumpulan 3 =
TRICEPTOR nama kumpulan kami.. macam nak nasyid je gambar ni.. "dah2! jgn curik tulang!"..hehe.::











::kami yang rajin.. hehe. poyo je.. konon posing rajin wat keje.::




..petang itu, riadah seperti biasa..dan ada perlawanan b.tampar lelaki dan b.jaring di antara peserta program dengan urusetia..

..merenung masa depan: "bila kami nak menang lagi ni.." menang ke??

..malam itu, saat2 yang ditunggu..ada dinner dan persembahan mengikut kumpulan masing2. seronok makanlah masa tu..makanan semua best2 n sedap..

::model dinner pada malam tu::

..persembahan setiap kumpulan semua hebat2 belaka..wah3 tidak disangka2 kumpulan aku (kumpulan 3) yang menang..huhu..tahniah2! sukenye menang..even aku ada wat mistake sket masa persembahan tu..kitorang wat persembahan teater muzikal tu..agak unik..tu la kot sebab2 kami menang..anyway, tahniah jugak kepada kumpulan2 lain..korang pun sgt hebat. sengit persaingan tu..
::kump.3 = TRICEPTOR = persembahan terbaik::


...
1hb Jun 2009
..last day, seronok program ni, sedih la pulak nak berpisah ngan kawan2 baru.. baru je dua hari berkenalan..hmm~ apa nak buat, program ni sekejap ja..huhu. so mula lah sesi autograf dan fotografi..

.gambar ini sepatutnye boleh diabaikan. -hosmet2 aku lah ni- diorang pon join gak program ni.. aku letak gak gambar ni untuk mengelakkan kebisingan menuntut gambar masing2 berlaku..hehe.


..dah habis program, kami pun balik lah~

.atas bas mase nak balik. bye bye Jempol~

..terima kasih kpd kawan2 dari ipt lain, fasilitator2, urusetia2 (pegawai2 sprm) dan lain2 yang terlibat sepanjang program ini..
..tidak lupa..terima kasih kpd en.Sham yang bawak bas untuk pulang.. dan en.Hamidi (hny mengikut spt k.yana.hehe).
..k.yana, thanks coz setia bersama kami walau hanya waktu pergi dan balik..
..especially terima kasih atas kerjasama kawan2 dari usim yang join program ni.. hafizul, fadzil, salahuddin, amiratul, farah, fize, k.shikin, k.fety, safinaz, panji hidayat, shahril, wae dan ila...

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah" wah3~

June 8, 2009

..rowing n kayak at putrajaya..-cheergirl-

..
..flashback again!~

setelah balik dari UUM..tanpa membuang masa, aku mula 'menyibukkan' diri mengikut team rowing ikut diorang ke kompleks sukan air kat putrajaya pada 25hb-30hb Mei 2009..tp aku hanya ikut diorang beberapa hari jer.. xdpt ikut sepanjang game diorang sebab ade hal2 yg tertentu..hehe..

..inilah rower2 n kayaker2 dari USIM yg hebat2..

haa..ini pembantu khas a.k.a cheergirl yg aku import khas..hehe.. xsia2 aku heret dia.

.ini pula atlet W4-.







::iqbal(kiri) n ayie(kanan) = kayak double. sempat lagi posing sebelum bertanding::








::M8+ rowers..ini pun sama.posing sebelum bertanding. "dah2 le posing tu..standby! fite for usim"::

"aku pulak yg dapat 'medal'..hua3 banyak nye"

dan ini???

..haha..en.faizal a.k.a 'shin chan' pun ade..terima kasih kpd en.faizal yg bwk team rowing ke putrajaya sepanjang game diorang..huhu..

June 7, 2009

..masum09 di UUM..

...
Ramai tny aku..join masum? pegi watpe? jd atlet ape? tanpa penat dan dengan poyo nye aku.. ini kad aku..hehehe.
ade rupa pegawai x aku ni??huhu..

ape yg nak cerita di sini ye..hmm.. duk di UUM tu best jgk..dr 13hb-21hb..agak lame la..smpai kebuhsanan jugak.. awl2 pegi tu, ok gak..xplore tempat2 kt situ..
.di sini kami menginap kt kolej muamalat..untuk fasa 1.

pada mulanya, kami diberi peluang untuk memberi sokongan kpd team bola sepak universiti kami..USIM. ye la..sorak dgn penuh smgt..hntr team sorak 3 buah bas..huhu..yeah! kami menang! kami menang sorak je..huhu. semua turut menyokong termasuk atlet2 dr team ping pong, b.tmpar, catur, futsal dan antara game2 lain utk fasa 1..wah2..menang sorak pon jd la..hehe..

.antara pasukan2 sorak usim..a.k.a. atlet2 dan urusetia.

::chess:: ::ping-pong:: ::futsal::
antara2 team2 yg aku dpt meluangkan mase bersama..korang sgt best!
.Hasanah(kiri) = antara atlet catur yg terbaik.

.aku dan mereka(team ping-pong).

..2 dari kiri = atlet futsal, 2 dari kanan = pegawai :-)

pada malam perasmian pembukaan (17hb)..kontigen usim turut memeriahkan malam itu..huhu.
.sebelum perarakan.posing dulu..hehe.

.kami lawan dan kawan..huhu..usim n unimap.


..team fasa 2 n 3 kebanyakan dtg UUM pd 17hb n 19hb..xsempat nk join diorang.. aku balik 21hb bersama2 team2 fasa 1..

so untuk menamatkan kisah2 psl masum yg dh lame lepas ni..huhu.. dgn ini..saya..mengucapkan..

..tahniah kpd semua atlet2 masum..yg telah menang.. dan yg xmenang pon, tahniah kerana telah berusaha bersungguh2..huhu..

..kpd naimoh..mu hebat la main lawnball utk UUM.tp uni aku pon hebat.hehe.sowi, sempat jmpe skejap ja..nti jmpe lg k..

..especially tidak lupa kpd 'ore kapung' yg hebat "lopat tali" di padang b.sepak kerana berjaya meraih pingat emas utk UTHM..hehe..

..dan semua atlet2, pegawai2 usim n urusetia yg terlibat, terima kasih atas usaha dan kerjasama korang..


.bye bye UUM!.


wahwahwah!

dunno wt i wanna type here..huhu. masih br di dunia maya ini..hehehe..jasa si cendawanputih..
try n error, "make some mistakes, make me learn sumthing" huh. 'u try n u know!'