June 30, 2010

Stars bola sepak yang telah 'di sumpah'

Masa blog walking tadi,
tetiba aku view video iklan NIKE ni.



Kalau tengok iklan ni, semua watak2 yang ada dikira pemain hebat kononnya. Tapi mengikut tontonan aku kat CAWAN DUNIA kali ni, hmm. kan banyak pasukan2 yang tak dijangka terpaksa balik awal. heh, macam tak percaya aje. Betul ke? haha! tak banyak aku nak komen pasal ni, untuk explaination selanjutnya, baca ini, ini, dan ini.

June 29, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 3)


Fuhh, agak susah juga bila nak taip entri yang agak berilmiah. heh, ye lah, untuk kongsi ilmu ni, kena lah pertingkatkan ilmu dalam diri sendiri terlebih dahulu dan bersedia untuk menerima sebarang komen, teguran, kritikan, pandangan dan sewaktu dengannya. kan kan kan? Sebelum ni, ntah pape kandungan entri2 aku. heh, malas kot nak menaip dan kadang2 tu, otak kering. ish, itu tidak patut ye!
*************
Sila baca personal view (PV) dan komen Sya untuk sesi pertama dan kedua (1st day) kat blog dia, jadi untuk menambahkan lagi info tentang entri sebelum ini.

Berdasarkan jadual, di sini akan aku cuba untuk buat penerangan dan ulasan secara ringkas paper2 yang telah dibentangkan pada kedua-dua hari (untuk sesi ke-3, 4, 5 dan 6). Hmm bolehkah dimuat untuk 1 entri ni?
************************

Session 3 & 4: Updates in Halal Science, Technology, & Commercialization (Part I & II)

Berkenaan isu alkohol dalam industri halal yang dibentangkan oleh Encik Dzulkifli Mat Hashim, agak menarik tetapi aku tidak dapat membuat ulasan di sini, disebabkan kurang fokus semasa perbentangan beliau dan banyak persoalan mengenai alkohol yang bermain2 dalam benak fikiran membuatkan aku hilang fokus. So, aku ada tanya encik google mengenai isu ni, dapatlah juga sedikit sebanyak maklumat dari HDC, klik ini.

Berkenaan Stevia pula dibentangkan oleh Datuk Mohamed Arsad bin Sehan (managing director, Pure Circle) dan beliau juga memperkenalkan produk stevia daripada Pure Circle. Apa itu Stevia? Stevia merupakan ekstrak daripada sejenis tumbuhan dari kalangan Chrysanthemum (semi-humid sub-tropical plant) di mana ia senang tumbuh macam 'vegetable crop'. Ianya berasal dari Brazil dan Paraguay dan terdapat sepanjang tahun dalam alam semula jadi (perennial in nature) - macam pelik aje translate dalam bahasa melayu. harap faham ya, untuk lebih jelas lagi mengenai Stevia, boleh baca di sini. Penyelidikan telah dibuat bahawa Stevia (extracted sweetener) boleh menggantikan gula dalam makanan dan ianya 300 atau 400 kali lebih manis berbanding gula. Stevia tidak mengandungi kalori. Jadi, ianya juga dibuktikan boleh mengurangkan obesiti.

[molekul dalam Stevia : Rebaudioside A]

Perbentangan Supercritical fluid Technology oleh Mr Toine Paijens. Pasal ni, aku tak reti nak terangkan dalam bahasa melayu. So, aku jelaskan serba sedikit dalam bahasa inggeris.

Supercritical fluid is used as a gas (vapor) pressurized above its critical point.
The technology is about the uses of a Supercritical Fluid instead of a common organic solvent (like ethanol, acetone, hexane, etc) to extract/dissolve compounds from solids and fluid mixtures. (Toine Paijens). Klik sini untuk lebih maklumat berkenaan Supercritical Fluid. Carbon Dioxide is the most interesting gas for Supercritical application because its convenient properties: Pc = 74 bar, Tc = 31 degree celcius. In halal process technology, he (Mr. Toine Paijens) also explain about the application of supercritical Carbon Dioxide (CO2) in dry cleaning of textiles, textile dyeing, production of herbal extracts, production of pharmaceutics, and extraction of water.
There are several advantages of application of supercritical CO2 that shows it's halal:
- Solvent (CO2) is non toxic and environmentally friendly: product meets highest food grade requirements, including HALAL requirements.
- No fresh water applied, no waste water, the process is extremely environmentally friendly.
- The process is highly sustainable as both CO2 and leftover dyestuffs are fully recyclable.
- High solvent power, transport properties of a gas, capacity of a liquid: fast, high capacity processing.
- Better product quality : e.g, the fruit and vegetables are crispy and tasty.
- Processing is inexpensive, has little consumables as CO2 is easily recyclable.

**Untuk maklumat lebih lanjut juga, boleh minta salinan / rujuk hard copy slide Mr Toine Paijens dari aku. *thanks to HDC sebab sudi bagi hardcopy slide dari presenter2 walaupun tidak semua slide yang kami dapat*

Lain2 perbentangan pada sesi ke-3 & 4 ni, masih dalam skop mengenai kaitan halal dengan sains dan teknologi. Ada juga perbentangan yang aku tak ulaskan disebabkan kurang faham dan tak berapa mahir dalam bidang tersebut. Dengan kata lain, tahu sikit dan faham gitu2 je. Lagipun, kalau nak diterangkan semua, mahu tak lenguh jari-jemari aku. heh, boleh minta upah la kalau nak semua, tak pun join je seminar sendiri. tak payah aku ulas panjang2. hee ;p Bukan berkira atau kedekut ilmu, tapi ilmu yang aku dapat setakat ni, so sape2 yang dapat lebih tu, sangat dialu2kan untuk share kat sini juga.
*****************

Session 5: Halal Science and Shariah

Pada sesi ke-5 ni, mengenai isu produk sah halal yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Yaakob Che Man. Ulasan yang diberi oleh Prof. Dr. Yaakob juga boleh dibaca di sini (yang tahun lepas punya). Rasanya tidak perlu aku huraikan lebih panjang lagi sebab content yang aku dapat hampir sama.
Isu yang paling hangat ialah mengenai Meat Science and Technology yang dibentangkan oleh Prof. Abdul Salam Banji. Terutama dalam meat processing, sejauh mana sumber halal untuk memproses daging dan menghasilkan produk daging. Untuk mengesahkan halal, pelbagai sudut yang perlu dititik beratkan untuk memastikan daging atau produk daripada daging itu halal atau tidak. Memanglah secara terang-terangan daging bab1 (pork) haram tetapi dalam isu ini lebih ditekankan mengenai bagaimana penyembelihan, pemprosesan dan bahan2 yang digunakan atau dimasukkan dalam daging.

[blood plasma @ plasma darah yang dimasukkan dalam produk seperti bebola ikan/daging dan sosej untuk meningkatkan kualiti produk tersebut]

*Darah memang jelas haram, jadi sudah tentu makanan yang mengandungi plasma darah haiwan (walaupun disembelih secara halal sekalipun), ia tetap HARAM. Tetapi ramai Muslim yang masih tidak faham dan tidak alert mengenai isu plasma darah ini. Hal ini juga berkaitan dengan kajian2 yang telah dibuat oleh Prof Salmah mengenai produk surimi yang mengandungi plasma darah. Maklumat lanjut, rujuk ini atau klik sini.

Setahu aku, dah ada kajian dibuat untuk menggantikan plasma darah dengan darah ikan. Pasal darah ikan ini ada kaitan dengan perbentangan oleh Dr. Ali Fanous.

Growth Media for Enzymes and Starter Cultures in Halal Perspectives by Dr. Ali Fanous:

Haa, ini pun antara isu menarik juga. Untuk mengesahkan Yogurt atau fermentation product lain yang kita makan tu halal atau tidak, mesti juga dilihat dari mana sumber kultur untuk menghasilkan produk2 fermentation tersebut.

Starter cultures ialah microorganism yang digunakan untuk menghasilkan produk tenusu (dairy product) seperti yogurt dan keju (cheese). e.g, Primary function of lactic starters is the production of lactic acid from lactose. Production of starter cultures include several steps that are; 1. Preparation of growth media, 2. Cultivation of bacteria (fermentation), 3. Concentration of bacteria and freezing the pellets. and 4. Freeze drying. Lagi2 info tambahan: klik 1 dan klik 2.

Fungi, yis dan mikro-organisma lain amat penting dalam menghasilkan makanan dan minuman dan juga memainkan peranan penting dalam pertukaran bahan2 menjadi makanan (conversion of ingredients into food), contohnya dalam pembuatan roti, keju, yogurt dan alkohol. Yis dan fungi juga memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan dadah, proses makanan, agen bio-control, dan juga bioteknologi enzim.

Dalam perbentangan beliau, Dr. Ali ada juga menerangkan mengenai darah ikan yang juga merupakan komponen medium pertumbuhan (growth media), disebabkan potensi untuk penghasilan darah ikan mencapai sebanyak 12,000 metric tons pada tahun 2006. Darah Salmon (contohnya) yang mengandungi protein mudah hadam (easily digested protein) dan kepekatan poly-unsaturated Omega-3 fatty acids yang tinggi.
Selain itu, beliau juga memberi penerangan tentang aplikasi darah ikan dalam makanan, contohnya sebagai "iron or binding agents" dan juga digunakan untuk mengawal suhu ais krim.

Status halal darah ikan:

"He hath forbidden you only carrion, and blood, and swineflesh, and that which hath been immolated to (the name of) any other than Allah. But he who is driven by necessity, neither craving nor transgressing, it is no sin for him. Lo! Allah is Forgiving, Merciful" (2:173).

Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Made lawful for you are the flesh of two dead animals and two types of blood. As for two dead animals and two types of animals, they are the locust and the fish. And as for the two types of blood, they are the blood of the spleen and the liver"

*****************
ok lah, setakat ini sahaja lah sedikit sebanyak ulasan dan maklumat2 yang aku boleh share kat sini mengenai perbentangan dalam seminar WHR 2010. Sekian, see y'all then. Jaap lagi nak pergi lab. tesis maa!!

[bergambar kat situ juga antara kenangan best]

p/s:Aku hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa untuk memperbaiki diri. Sebarang kekurangan harap dimaafi :)

June 28, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 2)


..Baru lepas baca view dari akak senior yang join WHR tahun lepas. Kalau nak baca jugak, klik sini untuk pengenalan, part 1, dan part2. Sebelum ni, aku dah letak link2 ni kat bawah entri lepas. Apapun, untuk memudahkan, tak payah belek dah entri2 sebelum ni, aku letak jugak kat entri ni. Sebelum aku mula taip lebih panjang lebar lagi, untuk perhatian semua, macam biasa lah, penggunaan bahasa agak tunggang-langgang. Al-maklumlah, aku agak lemah dari segi sudut bahasa nih. harap maaf ye semua, aku masih belajar..


Session 1: Global Perspectives of Halal Innovation

Sepertimana yang kita ketahui, halal ialah dibenarkan dan bagus untuk digunakan oleh komuniti Islam. Dalam pembentangan kali ini juga, diterangkan mengenai konsep2 halal dan objektif2 atau hikmah disebalik kenapa kita perlu memilih halal.


Dalam pembentangan untuk sesi pertama, paper pertama oleh Y.Bhg Dato' Dr Ismail Ibrahim menerangkan mengenai aspek2 industri halal iaitu kita perlu belajar mengenai al-Quran, research and development or Quranic Science, alert dengan perkembangan teknologi baru dan industri halal. Biasanya, konsep halal dikaitkan dengan makanan dan minuman tetapi halal juga terbahagi kepada produk dan servis.

Produk:
-makanan (frozen, chilled, ready-to-eat, snacks, ingredients, additives, spices)
-ubat-ubatan
-kosmetik
-fesyen

Servis:
-standard and certification
-education, training, R&D
-finance
-tourism

Boleh juga rujuk dalam al-Quran:
-Al-Baqarah, ayat 168 mengenai makanan halal dan juga disebut dalam surah A-Nahl, ayat 114-115.
-A-Nahl, ayat 69 berkaitan dengan minuman
-Al-Baqarah (ayat 195) : industri ubat-ubatan halal
-Al-Baqarah (ayat 222) : Kosmetik
-Al-Baqarah (ayat 278) : Kewangan
-Al-Hujurat (ayat 6) : Pensijilan halal
-An-Nisa (ayat 97) : Perlancongan

Pada pembentangan kali ini, Dr. Mian mengulas mengenai inovasi halal di USA. Konsep halal juga diterangkan dan lebih fokus kepada produk2 halal dari USA. Datuk Dr. Mohd Basri Wahid (MPOB) pula mengulas tentang lemak ('fat' yang berbentuk solid) daripada haiwan kini digantikan dengan lemak ('oil' yang berbentuk liquid) daripada minyak sawit (palm oil). Seperti mana yang kita ketahui, lemak (fat & oil) secara umumnya juga mempunyai kelebihan iaitu sebagai medium untuk perpindahan haba, untuk memperbaiki rasa, bau, dan tekstur makanan, sebagai sumber essential fatty acid, dan juga sebagai 'carrier' untuk vitamin A, D, E, K.

Di samping itu, MPOB (Malaysian Palm Oil Board) juga memperkenalkan produk2 baru mereka berasaskan minyak sawit la. Antara yang aku dapat capture slide2 haritu ialah:

[antara produk2 baru yang diperkenalkan]

**Aiyak, dah berbelit2 aku campur bahasa inggeris dan bahasa melayu. hee,marah mak aku (cikgu bahasa melayu).. Ma, jangan marah ;p

**Bukannya apa, nak translate satu2 cam pelik ja bunyinya. Anyhow, harap dapat memberi kefahaman untuk diri sendiri dan kawan2 sekalian. Nasib baik la, aku tak kena buat tesis dalam bahasa melayu macam kawan2 aku kat UKM. huhu.


Session 2: Emergence of Halal Pharmaceuticals Product

Haa, pasal farmasiutikal.erk? ejaan dalam bahasa melayu nya aku tak pasti la.huu. sory, so kat sini akan aku gunakan perkataan pharmaceutical. heh, dan 1 lagi masalah, aku bukannya dalam bidang farmasi. so, penerangan di sini berdasarkan apa yang dapat hari tu dengan disertai ilmu yang cetek ni. i'm still learning k. Kawan2 yang lebih ilmu nya, sila2 lah share kat sini. huhu :)

Dalam sesi 2 ni, lebih kepada perubatan dan ubat-ubatan halal. em, macam mana lah aku nak hurai ni. huu. Tapi yang menarik minat aku mengenai Cordyceps dibentangkan oleh Dato Chang Eng Thuan, dan gamat atau dikenali sebagai timun laut (dlm b.inggeris nya : sea cucumber) dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob.

Apa benda la Cordyceps nih? huu. Mengikut kefahaman aku jugak lah, Cordyceps (Dong Chong Xia Cao (冬虫夏草), which translates literally to 冬草 Winter Worm, Summer Grass 夏草), ianya sejenis kompleks yang berasal daripada fungi (parasit) yang menumpang kat larva dan membuatkan larva mati atau dah tak berfungsi, then ia tumbuh sebagai Cordyceps. Ini mengikut kefahaman aku la, dalam bahasa inggeris pula; Cordyceps is a dry complex composed of the fruiting body of the fungus Cordyceps and the larva corpses of the insects on which the fungus is parasitic. Nak tahu lebih lanjut pasal Cordyceps dan morfologi nya, klik sini. Dalam perbentangan mengenai Cordyceps ni, lebih fokus kepada kelebihan dan kegunaan Cordyceps sebagai ubat dan untuk dikomersialkan dengan lebih meluas.

Antara kelebihan2 Cordyceps ni ialah:
- Anti-tumor activities
- Potent anti oxidant activities
- Anti-aging effects
- Anti-diabetes (hypoglycemic)
- Enhances immune function
**Lain2 pasal Adenosine ke, tanya budak2 medic atau farmasi ek. huu. aku pun nak tahu penerangan yang lebih lanjut juga.

Begitu juga dengan gamat yang telah dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob. Selain menerangkan mengenai kelebihan2 gamat dalam perubatan (kelebihan utamanya sebagai 'wound healing agent'), beliau juga memperkenalkan produk baru yang berasaskan gamat iaitu Gamogen. Biasanya, dalam perubatan tradisional kita dah biasa guna minyak gamat atau lendir dari gamat (timun laut) terus untuk sapu kat luka. Tetapi tujuan perbentangan ini juga untuk komersialkan lagi penggunaan gamat dan produk Gamogen (Gamat Healin) tu dengan lebih luas sehingga peringkat antarabangsa. Al-maklum lah, yang datang ke seminar WHR ni bukan sahaja dari Malaysia, malah juga dari negara2 lain.

Lain2 perbentangan menarik juga, banyak lagi lah kalau nak diterangkan mengikut satu2 paper yang dibentangkan. Secara ringkas nya, produk pharmaceuticals yang disahkan halal memang susah didapati di pasaran, tetapi kita boleh dapatkan daripada produk CCM (Chemical Company Malaysia), dan ada juga penerangan mengenai herba2 yang memang kita tahu ianya halal. Selain itu, Dr. Mahvash Hussein juga menerangkan mengenai produk kosmetik halal, dan juga memperkenalkan produk mereka yang berjenama Saaf. Aku tak tahu la produk mereka sejauh mana disahkan halal itu. hee, ku hanya terpegun mendengar suara Dr. Mahvash yang best. ;p

Anyhow, aku nak buat ulasan ringkas kat sini, kita sebagai muslim researchers harus faham peranan kita bukan sahaja sebagai penyelidik tetapi juga sebagai seorang muslim. Oleh itu, dengan produk2 baru yang diperkenalkan oleh pembentang2 di atas, boleh dijadikan contoh untuk kita membuat lebih lagi penyelidikan dan mengeluarkan lagi lebih produk2 halal yang tinggi permintaannya. ceh, macam tinggi cita2 tu, tapi tak mustahilkan, sedangkan non-muslim berlumba-lumba mengeluarkan produk halal memandangkan sekarang ni permintaan untuk produk halal semakin meningkat.

*oh.
*oh.
hanya untuk dua sesi dah penat aku menaip. macam nak pecah dah kot keyboard ni.hehe, agak exagerate di situ.

kalau diikutkan memang nak sambung terus, tetapi dengan kepenatan yang dialami, dan juga untuk menerima sebarang komen sebelum aku melakukan banyak lagi kesilapan. Kawan2 yang lebih pengetahuan tu, jangan lah segan silu untuk memberi komen, kritikan, dan pandangan masing2, dan jangan lupa untuk share maklumat lebih.

p/s: Aku hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa untuk memperbaiki diri.

See ya next entry.:)

June 27, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 1)


Assalamualaikum. hehe.

Sepertimana yang dijanjikan untuk mengupdate kembali pasal kegiatan aku di KLCC sepanjang 23hb-25hb Jun 2010. Dalam entri lepas, aku ada sebut pasal seminar yang aku join ni. yess, i got so much new info and knowledge. ;)

Experience is a jewel, and it had need be so, for it is often purchased at an infinite rate.
-William Shakespeare

Jadi, dengan kekurangan dan ke"lembap"an otak aku yang memang lambat "pick up" sikit, aku nak jugak share kat sini apa yang telah aku dapat dari sana. huu~ tapi untuk part 1 ni, aku just buat review secara roughly dulu. Nanti aku akan update lagi untuk ulasan setiap paper atau speech mengikut kefahaman aku kat next entry.

[agak kusyuk disitu, tapi masih tersengeh2. hehe.]

Jenuh jugak aku nak buat ulasan untuk setiap paper yang telah dibentangkan. Program ni berlangsung selama 3 hari dan sebanyak 23 research papers yang telah dibentangkan sepanjang program ini. Aku dengar semua, tapi ada jugak certain parts yang aku tak berapa nak faham dan tak berapa terfokus sangat. haish~

Day1 : 23rd June 2010

[atmosphere in the conference hall]

Session 1: Global Perspectives of Halal Innovation
  • Paper 1: "Facets of Halal Industry" by Y.Bhg Dato' Dr Ismail Ibrahim
  • Paper 2: "Updates of Halal Innovation in USA" by Dr. Mian N. Riaz
  • Paper 3: "Palm Oil: Alternative Ingredient for World Market" by Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Basri Wahid
  • Paper 4: "Penetrating the Global Halal Market" by Assoc. Prof. Dr. Winai Dahlan
Untuk sesi pertama, pendedahan awal bagi halal, bukan sahaja halal dalam makanan. Tapi juga halal dalam kosmetik, perubatan, dan alat2 atau bahan2 untuk menghasilkan makanan juga dibincangkan di sini.

Session 2: Emergence of Halal Pharmaceuticals Product
  • Paper 5: "Success Story-Commercialization of Cordyceps" by Y.Bhg. Dato' Chang Eng Thuan
  • Paper 6: "Potential of Sea Cucumber Products in Halal Industry" by Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob
  • Paper 7: "Future of Halal Lifestyle Products" by Dr. Mahvash Hussein
  • Paper 8: "CCM : Championing Halal Pharmaceuticals" by Mr. Leonard Ariff Abdul Shatar
  • Paper 9: "China Perspective in Alternative Medicine" by Joe Zhou, Ph.D
  • Paper 10: "Potential of National Herbs in Halal Pharmaceuticals Industry" by Prof. Dr. Zhari Ismail
Untuk sesi kedua pula, kalau ikut tajuk2 di atas la, lebih fokus kepada perubatan atau pharmaceuticals. Produk baru yang halal untuk pharmaceutical ni juga diperkenalkan.


Day2 : 24th June 2010

[picture of one of the speaker]

Session 3: Updates in Halal Science, Technology, & Commercialization (Part I)
  • Paper 11: "Unravelling The Issue of Alcohol for the Halal Industry" by Encik Dzulkifli Mat Hashim
  • Paper 12: "Emerging Pattern of Innovation in Halal Food Industry" by Mr Rupert Sutton
  • Paper 13: " Stevia : The Next Generation of Sweeteners" by Datuk Mohamed Arsad bin Sehan
  • Paper 14: "Halal Services in Logistics" by Mr. Muhammad Azmi Zulkifli
Untuk sesi yang ketiga, lebih kepada isu2 halal dan kaitan dengan sains dan teknologi. Ada juga produk baru yang dikomersialkan di sini iaitu stevia, sweetener yang boleh digantikan dengan gula, haa. penerangan lanjut mengenai stevia kat next entry ye.

Session 4: Updates in Halal Science, Technology & Commercialization (Part II)
  • Paper 15: "Supercritical Fluid Application in Halal Industry" by Mr. Pajiens Antounius Franciscus Maria
  • Paper 16: "Halal Opportunities in Emerging Markets : West Asia & CISR" by Y.Bhg. Dr. Abd Rahman Bidin
  • Paper 17: "Sourcing and Securing Funding for Entrepreneurs" by Ms. Ellynita Hazlina Lamin
  • Paper 18: "Focusing R&D for Halal Food Industry" by Dr. Mohamed Shafit Hussain
Sesi ke-4, masih dalam skop halal dan kaitan dengan sains dan teknologi.


Day3 : 25th June 2010


Session 5: Halal Science and Shariah
  • Paper 19: "Updates on Halal Product Authentication" by Prof. Dr. Yaakob Che Man
  • Paper 20: "Updates on Meat Science and Technology" by Prof. Abdul Salam Babji
  • Paper 21: "Feed Act and Halal Feed Industry" by Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Aziz Jamaluddin
  • Paper 22: "Growth Media for Enzymes and Starter Cultures in Halal Perspectives" by Dr. Ali Fanous
  • Paper 23: "Innovation Technology the Next Frontier" by Y.Bhg. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha Al-Masrie
Sesi ke-5 atau terakhir, perbentangan2 dalam sesi ini lebih kepada kaitan soal halal dalam sains dan syariah. Contohnya, dalam part daging, secara terang-terangan daging bab! atau dikenali "pork" dalam bahasa inggeris nya adalah haram. Tetapi perbentangan kali ini lebih kepada isu2 yang melibatkan pemprosesan daging atau makanan lain dengan menambah bahan2 yang tertentu yang tidak pasti dari sumber halal atau haramnya.

oh, kalau diikutkan hati disini jugak aku nak huraikan segala-galanya. Tapi, ianya tidak memadai, semalaman tak habis aku menaip hanya 1 entri, kalau aku nak sumbat segala-galanya kat sini.hehe.

[First Malaysian Astronaut, Y.Bhg. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha Al-Masrie]

Secara kasar dan tidak berapa nak halusnya, memang lah seronok disamping dapat sedikit sebanyak ilmu, peluang makan percuma dan barangan atau "goodies" percuma ni lagi lah takkan dilepaskan..hehe. Nampak si hensem kat atas tu. oh, admire dia juga sikit2. eheks ;p sikit aje ok. dah nak jadi laki orang dah tu dalam bulan Oktober tahun ni ;)

**pss, yang highlight colourful tu untuk tujuan rujukan peribadi sebenarnya. heh, nanti mungkin aku akan update lagi entri dengan tambah link kat tempat yang kaler2 tu.


some other reviews:

[in the exhibition hall]

Maaf ye, kawan2 lambat betul aku menghupdate setiap entri. see u next entry. nak buat ulasan pun kena study jugak, hee. takut juga nanti merapu tak tentu pasal. dah la speed otak tak berapa nak cepat sangat. tu lah, makan MSG banyak kot.ish ;p

June 24, 2010

tak sampai seminggu dah rindu


Haha! Tulah, siapa suruh deactivate. Aku juga yang nak. hehe, nasib baik la aku kata itu hanya lah sementara. Bukannya apa, macam2 kawan kat situ, kadang2 seronok juga. Walau dah lama tak jumpa, tapi masih boleh berkomunikasi kat situ. Dah la my housemate, Asila dan Hasnur dah balik kampung. Lagi lah rasa gian nak stalk diorang punya page. hmm, tapi diorang pun ada blog, itu pun dah kira ok. Tapi kawan2 lain? huk3. rindu-rindu serindunya. ahaks ;p


Dah ada juga yang bertanya soalan yang ada unsur berkaitan kehilangan aku disitu. eceh, apapun, nantilah aku muncul kat situ balik. Saja je, nanti aku main2 kat fb tu, lupa pulak nak update blog ni. Tak pasal-pasal bersawang lagi. hu.

Bukannya apa, aku tergedik2 nak reactivate akaun ni, sebab rasa nak update status dan letak gambar2 yang aku dah alami dari hari ke hari. huh. macam la kat sini tak boleh buat. Bila sebut pasal update, blog ni tak berapa nak up-to-date sangat. Banyak cerita dah ketinggalan zaman. Lagipun, selalunya aku update cepat2 kat fb. hehe. Tapi apa aku kisah, ini blog aku. Mesti ada juga cerita yang dah lepas2 tu, aku nak jugak sumbat kat sini. Kenangan yang tak boleh dilupakan. Sebut pasal kenangan ni. Nantilah, aku update sikit pasal ekspedisi panjat Broga haritu. aduh tangguh lagi, mana tak nya ketinggalan zaman. hihihi.

***************

Penat juga hari ni. Sebenarnya ni baru boleh relaks2 mengadap laptop ni. Semalam dan hari ni seharian di KLCC. Esok pergi lagi. Haa, buat apa aku ke sana?


seminar: World Halal Research Summit 2010. (23-25th June)


anjuran: Halal Industry Development Corporation (HDC)

wahh! seronok juga sebab dapat banyak ilmu dari researchers yang present diorang punya paper. Walaupun ada sedikit ketidakpuasan hati aku tentang apa yang berlaku especially semalam, hmm.. tapi pedulikan lah semua itu. Yang penting ilmu.. :D

Kalau ikutkan lagi, aku nak share jugak apa yang aku dapat. Tapi nak tunggu sampai habis dulu lah program ni.

ah. ngantuklah. see ya then :)

June 22, 2010

deactivate facebook

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.

Aku dengan ini mengumumkan bahawasanya aku telah menyahhapuskan akaun facebook aku. hehe. untuk sementara sahaja lah.

mungkin aku akan rindu korang nanti. dan mungkin aku akan rindu untuk berfacebook. untuk update apa yang korang buat, berinteraksi bersama-sama. memang aku dah rindu dah pun. baru beberapa jam aku deactivate, dah rasa rindu. ish ;p sebenarnya, aku deactivate akaun tu hanyalah untuk sementara. kalau untuk selama-lamanya, tak mungkin aku tetap pendirian dengan kental hati aku untuk menahan rasa rindu untuk jumpa kawan2 di alam maya itu. lagipun, lebih ramai kawan2 aku kat facebook berbanding di blog ini mahupun di dunia realiti.

kenapa aku deactivate akaun tu?

eh, tak ada orang tanya lagi lah. malas lagi aku nak hurai panjang2 kenapa aku deactivate. hehe. biar lah masa berlalu tanpa aku di fb. ecece ;p

lagipun, ini hanyalah sementara. sebab kenapa dan mengapa itu memang lah ada. tapi sebab2 tu tak perlu lah dihebahkan kat sini dan tak perlu juga lah aku mengecilkan hati yang memang dah kocik ni. hehe.. pendam lebih baik atau diam lebih baik?

aku masih tertanya-tanya dalam diri ni, buat apa kita berfacebook? tapi, soalan itu juga terjawab dalam diri sendiri dengan kebaikan dan keburukan yang ada. sebenarnya, dari segi kebaikan dan keburukan itu, bergantung pada diri sendiri. itu hanyalah pendapat aku. macam2 pendapat dah yang aku baca, ada yang memberi cadangan untuk boikot, ada yang kata fb ni membuatkan markah peperiksaan jatuh dan macam2 lagi kesan2 keburukan yang aku sendiri nampak. jadi, pada pandangan aku, terpulanglah...

[sedikit maklumat aku kutip sambil type entri ni]

kenapa pulak sementara?

kalau nak deactivate ni, tak payah la sementara, baik terus tak payah join fb atau delete terus. kadang2 aku bebel macam tu juga. "sementara" juga menunjukkan aku tak tetap pendirian.ish.

kalau nak delete terus dan takkan buka atau menyentuh butang untuk di klik kat fb tu, aku takkan deactivate macam tu je. ada cara-caranya yang lebih elok la kawan2. :) dan cara ini mungkin membuatkan kita takkan sentuh fb dah. hihi. meh aku share sikit kat sini. tapi jenuh juga nak ikut cara2 ni. tapi ianya baik untuk yang memang dah TAK NAK. yang masih NAK tu, duk diam2 ok. ;p

cara-cara untuk betul2 kental delete fb :

  1. delete / remove semua gambar2 yang ada.
  2. remove all friends (ni penat sikit, tapi kalau kita remove kawan2 yang penting dan disayangi, confirm jadi lebih kental untuk delete)
  3. delete / remove semua post2 yang ada kat wall (yang mana tak pernah mendelete mende2 nih, memang jenuh) kalau dilihat balik, post2 yang ada kat wall tu adalah "kenangan". kalau tak delete mende2 tu, maknanya korang tak cukup kental untuk delete akaun fb tu.
  4. delete / remove info2 pasal personal details.
  5. dan akhir sekali, delete lah lain2 apa yang patut. kemudian terus tekan deactivate account.
*secara psychology nya, untuk delete akaun fb dengan kental memang kena delete segala benda yang ada, biar jadi kosong macam korang first buat fb dulu.


sebab aku belum delete semua la, aku kata "sementara" ja aku deactivate. dan juga sebab aku masih di kategori yang NAK. ;p


**************************

sometimes, they said "strangers can be like a family". mungkin juga lah. bila kita dapat berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali dengan mesra dan lebih dikatakan friendly. apapun, aku lebih menghargai orang yang betul2 IKHLAS untuk berkawan dengan aku.

all FRIENDS kat fb list tu, IKHLAS ke? hmm....

June 21, 2010

termenung di lab

actually, i have many things to do.
but blurr :'(

hey.lo. wake up dear.
lab work should be done by this month..
hmm.tengah memotivasikan diri sendiri
ok. sambung. atleast. buat2 busy. ^_*
nak sambung apa? hehe. baca lah kalau tak tahu. ERK.
.
.
dah wat:
pH.
colour.

banyak lagi k, be strong LO. don't give up!!~

June 20, 2010

my beloved dad's day

today, 20th June. it left 20 minutes more. so i can wish before im off to bed. but actually for me, everyday is my dad's day.
happy father's day, ABAH
..

letak gambar abah ni, hopefully, tomorrow i'll have a strength to continue my lab work early in the morning. i need an inspiration to do that. so, he's mine :D


hmm. miss you dad.. :(
[homesick]

.
.

June 17, 2010

kecewa aku dengan SPAIN

:'(

................................

(T_T)

................................

.

speechless.huh.
it's ok.ada dua games lagi.hmm.

June 14, 2010

Ich liebe Deutschland

I love Germany = Ich liebe Deutschland

German vs Australia

goooooolllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!


4 kali

ahah! cukup lah :D

nasib baik layan sorang2 kalau tak, dah tercabut kot anak tekak aku ni. tehehehee.


.caya lah Klose dengan kepalanya yang power. ahaha. saya sayang kamu LOL :D



p/s: jom sahur, boleh puasa sunat 1 Rejab :))

June 13, 2010

Start the Day Right - Don't Skip Breakfast


today. for the first time, i started breakfast at about 6.15 am. wow, early in the morning, i woke up at 4.30 am to watch the football match (england vs usa) but actually it was too late. the game was started at 2.30 am. huhu. but atleast i could watch the last minutes.. hemm, seri 1-1. :(

***********

Back to the topic, breakfast. i always realize that breakfast is important, not just as the first food of the day. A healthier breakfast can provide the best energy that we need.Skipping breakfast is a common strategy for losing weight, but not a smart one ya. so, aku nak diet kena la makan breakfast. ERK. bukan terlalu banyak tapi kenyang tahan lama.

**********


im just taking half-boiled eggs, an apple and radix coffee. then, yogurt and revive after jog. haha! is it the healthy breakfast? i guess so, but i shouldnt take it too much and as long as im full. ok.



*makan untuk sihat, sihat untuk makan. mau kurus.mau kurus. ahah! ;p

June 12, 2010

NAK.ini.

[always dreaming about this lovely NIKE shoes]
***
now, i have to start saving. hemm.



*ikat perut boleh diet*

June 9, 2010

MASUM 2010

Kenangan masum masih lagi berlegar-legar difikiran ini. huhuhu.

[ni kat alamanda masa nak cari hadiah untuk wadhihah*baby usrp*]
.
.
.
one word to say "seronok"

hanya sebagai urusetia (17-31hb Mei 2010)

[.semua urusetia. bergambar dengan TNC selepas majlis amanat dari TNC kepada team urusetia]

[my best team. mereka lah banyak menolong dan support aku semasa bertugas]
*thanks a lot to them ;)


[bergambar selepas majlis pembukaan taekwondo]

.
*********
ada apa dengan MASUM sebenarnya?
seronok sangat ke?
sebab boleh usha atlit hensem kot
tehehee.. gatal, gatal dan gatal. ;p
.
yang penting, pengalaman sebenarnya :)

***
antara acara2 yang sempat aku tengok dan ikut bertugas/menyibuk:

[taekwondo]
[he's korean look. handsome lah]
ehehee..gatal lagi ;p

[USIM vs UMK -basketball]

[basketball]

**************
majlis perasmian penutup (30hb Mei 2010), persembahan hebat2.wahh. tapi tak sempat tengok Black mentor nyanyi disebabkan ada tugas2 yang perlu diselesaikan. tak apalah, bukannya minat sangat pun kat Black ni. aku lebih minat dengan team unimas ni. huhuhu.

[bergambar kat airport, semasa hantar team unimas]
*they are so friendly*
seronok dengan mereka :D

[gambar ni sebelum bermula majlis perasmian penutup, urusetia bersama atlit dari UTeM dan UNIMAS]

[urusetia usim dan atlit unimas]
....
[tahniah kepada pemenang2]

tahniah juga kepada usim, kerana berjaya meraih 7 pingat emas. dan mendapat tempat yang ketiga dari 20 universiti yang terlibat.

*******

31hb Mei 2010

[with baby usrp Wadhihah binti Sulaiman]


p/s: banyak gambar yang diambil sepanjang program masum ni. tapi ini sahaja yang terpilih disebabkan gambar2 ni yang paling aku suka dan tak larat nak upload banyak2 dah. huhuhu.