January 31, 2012

Vanilla Coklat

Sedap bunyi tajuk. Ini bukan pasal kek atau ais krim yang berperisa vanilla atau coklat. Ini juga bukan pasal drama Vanilla Coklat yang kat tv3 tu... Vanilla dan coklat, kombinasi yang agak menarik. Warna dan rasa asalnya adalah sangat ketara perbezaannya, tapi bila dicampur adukkan sekali, rasa sedap jugak.hihihi.

... oke bye lari dari tajuk ... !

Nak capai suatu impian atau cita-cita, mestilah kene USAHA. Kalau usaha, kene la BUAT atau LAKSANAkan bukan laksamana.oke, Sebenarnya bila tiba nak BUAT tu errk, macam liat.. memang cakap senang tapi liat nak buat.. Jadi, untuk BUAT, kita perlu SEMANGAT dan bila semangat, hilang la LIAT...

oke . ape aku melalut hape entah. aku takde modal sebenarnye nak tulis entri ni, biasa la tengah tanam anggur ni. tak cukup ongkos .

mode : masih mencari semangat yang hilang. usaha tetap usaha. moga Allah permudahkan segala urusan.. Ameen...

analogi aku rekaan semata-mata *vanilla --> Semangat  *Coklat --> Usaha

January 7, 2012

Ya Allah...

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...




January 1, 2012

Two thousand twelve

Alhamdulillah, im still alive here.

2011--> too many experiences, sweet or bitter memories...
but not too much update here :(
Sorry my dear blog, hope to see u soon with happiness in this two thousand twelve-->2012. ^_^

h.o.p.i.n.g    vs    a.z.a.m?

*jangan nak berharap sangatt, lebihkan usaha.. insyaAllah apa yang diharapkan dapat dicapai*


p/s:  My life may not be going the way i planned it, but it is EXACTLY the way GOD planned it