September 3, 2010

Love Note

.Nota Cinta.



Andainya dapatku menulis
nota-nota cinta
buat diriNya
inginku titipkan bersama
semua kuntuman bunga
yang indah berseri
ku sembur haruman mewangi
bersama kata-kata puji
sedang Dia Tahu
kasih dan cintanya aku
menjalin ikatan menuju ke syurga

cintaku kepada Dia
rinduku hanya padaNya
kasihku tulus buatNya
setiaku balas kasihNya
kasihku kasih yang setia
pada Yang Punya

dambaku pada Yang Esa
pujian hanya buatNya
akurku kebesaranNya
teragung Maha SuciNya
taatku hamba yang hina
pada Pencipta

kiranya aku hilang arah
jalan hidupku berubah punah
namun kasihNya
tak pernah akan musnah
belas RahmatNya
terus mencurah-curah
nur hidayahNya
semakin cerah



****************************
Soundtrack and lyric:
Nota Cinta - Saujana
***************************

Cinta kepada tumbuhan, tumbuhan akan mati, cinta kepada haiwan, haiwan akan mati, cinta kepada manusia, manusia akan mati, tapi cinta kepada Allah, akan kekal selamanya…

August 7, 2010

Hanya kerna sebuku roti



Hanya kerna sebuku roti...
Aku sengih seorang diri...
Bila roti aku menjadi...
Roti yang menjadi di bagi-bagi...

Hanya kerna sebuku roti...
Sedih seorang diri...
Bila ia tidak menjadi...
Kena marah lagi...
Makan pun tak lalu lagi...

Hanya kerna sebuku roti..
Seronok membuat roti...
Walau penat menguli...
Bila ia menjadi...
Menjadi kepuasan diri...

Hanya kerna sebuku roti...
Roti yang cantik boleh dijual lagi...
Mari-mari siapa nak beli...
Sampai habis dijual beli..

Roti oh roti...
memang kau roti...
masa tunggu kau masak sendiri..
aku pun melukis ini....
hai nama saya rotti :)

August 6, 2010

My Obsession


Walau bukan ia seperti yg di idam²kan seperti dalam entry dulu..
Tapi... aku...
tidak lagi sakit kaki..
tidak lagi merungut selalu sakit kaki.
tidak lagi malas nak pergi lab sebab tak ada kasut bertutup dan tak larat kena berdiri lama.
tidak lagi jeles tengok orang berjalan dan berlari dengan selesa..
huh.
hanya kerana sepasang kasut
duitku habis kerana mu..
dan terpaksa mengikat perut demi mu.
hari² termimpi kan mu.
heh. heh. heh.
memang aku tergila-gila kan mu.
kerana mu.. 
kehidupan aku berubah
dah tak macam dulu lagi.
selalu berhati-hati 
bila berjalan sambil tengok kaki
takut² terpijak tahi.
hihihi
my beloved
tiada lagi tanda pangkah..hehe.



p/s: jom main basketball petang² (^_*)



August 3, 2010

Rooooooooottttttiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...



jual roti.
beli roti.
makan roti.
rasa-rasanya tak lah penat buat semua tu.
tapi
buat roti...
bukannya mudah.
kena menguli..oh uli jangan tak uli..
penat lah.
oh esok kena menguli lagi.
huuu.. jadi sebuku roti itu satu kepuasan walaupun penat.
yeah!~ selamat mengurut. ops~ selamat menguli..hehe.



August 1, 2010

Makan Free


hehe, baru balik dari kenduri.

by the way, here .. again,
just wanna say Congratulations to Abang Azreen and Kak Ain.
SELAMAT PENGANTIN BARU
:D

-4th year Food Biotech and Computer Science Students-

p/s: yang mana akan, hendak, dan tak lama dah. jangan lupa jemput ya.
..barakAllah..