Showing posts with label kerajinan menyibukkan diri. Show all posts
Showing posts with label kerajinan menyibukkan diri. Show all posts

June 28, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 2)


..Baru lepas baca view dari akak senior yang join WHR tahun lepas. Kalau nak baca jugak, klik sini untuk pengenalan, part 1, dan part2. Sebelum ni, aku dah letak link2 ni kat bawah entri lepas. Apapun, untuk memudahkan, tak payah belek dah entri2 sebelum ni, aku letak jugak kat entri ni. Sebelum aku mula taip lebih panjang lebar lagi, untuk perhatian semua, macam biasa lah, penggunaan bahasa agak tunggang-langgang. Al-maklumlah, aku agak lemah dari segi sudut bahasa nih. harap maaf ye semua, aku masih belajar..


Session 1: Global Perspectives of Halal Innovation

Sepertimana yang kita ketahui, halal ialah dibenarkan dan bagus untuk digunakan oleh komuniti Islam. Dalam pembentangan kali ini juga, diterangkan mengenai konsep2 halal dan objektif2 atau hikmah disebalik kenapa kita perlu memilih halal.


Dalam pembentangan untuk sesi pertama, paper pertama oleh Y.Bhg Dato' Dr Ismail Ibrahim menerangkan mengenai aspek2 industri halal iaitu kita perlu belajar mengenai al-Quran, research and development or Quranic Science, alert dengan perkembangan teknologi baru dan industri halal. Biasanya, konsep halal dikaitkan dengan makanan dan minuman tetapi halal juga terbahagi kepada produk dan servis.

Produk:
-makanan (frozen, chilled, ready-to-eat, snacks, ingredients, additives, spices)
-ubat-ubatan
-kosmetik
-fesyen

Servis:
-standard and certification
-education, training, R&D
-finance
-tourism

Boleh juga rujuk dalam al-Quran:
-Al-Baqarah, ayat 168 mengenai makanan halal dan juga disebut dalam surah A-Nahl, ayat 114-115.
-A-Nahl, ayat 69 berkaitan dengan minuman
-Al-Baqarah (ayat 195) : industri ubat-ubatan halal
-Al-Baqarah (ayat 222) : Kosmetik
-Al-Baqarah (ayat 278) : Kewangan
-Al-Hujurat (ayat 6) : Pensijilan halal
-An-Nisa (ayat 97) : Perlancongan

Pada pembentangan kali ini, Dr. Mian mengulas mengenai inovasi halal di USA. Konsep halal juga diterangkan dan lebih fokus kepada produk2 halal dari USA. Datuk Dr. Mohd Basri Wahid (MPOB) pula mengulas tentang lemak ('fat' yang berbentuk solid) daripada haiwan kini digantikan dengan lemak ('oil' yang berbentuk liquid) daripada minyak sawit (palm oil). Seperti mana yang kita ketahui, lemak (fat & oil) secara umumnya juga mempunyai kelebihan iaitu sebagai medium untuk perpindahan haba, untuk memperbaiki rasa, bau, dan tekstur makanan, sebagai sumber essential fatty acid, dan juga sebagai 'carrier' untuk vitamin A, D, E, K.

Di samping itu, MPOB (Malaysian Palm Oil Board) juga memperkenalkan produk2 baru mereka berasaskan minyak sawit la. Antara yang aku dapat capture slide2 haritu ialah:

[antara produk2 baru yang diperkenalkan]

**Aiyak, dah berbelit2 aku campur bahasa inggeris dan bahasa melayu. hee,marah mak aku (cikgu bahasa melayu).. Ma, jangan marah ;p

**Bukannya apa, nak translate satu2 cam pelik ja bunyinya. Anyhow, harap dapat memberi kefahaman untuk diri sendiri dan kawan2 sekalian. Nasib baik la, aku tak kena buat tesis dalam bahasa melayu macam kawan2 aku kat UKM. huhu.


Session 2: Emergence of Halal Pharmaceuticals Product

Haa, pasal farmasiutikal.erk? ejaan dalam bahasa melayu nya aku tak pasti la.huu. sory, so kat sini akan aku gunakan perkataan pharmaceutical. heh, dan 1 lagi masalah, aku bukannya dalam bidang farmasi. so, penerangan di sini berdasarkan apa yang dapat hari tu dengan disertai ilmu yang cetek ni. i'm still learning k. Kawan2 yang lebih ilmu nya, sila2 lah share kat sini. huhu :)

Dalam sesi 2 ni, lebih kepada perubatan dan ubat-ubatan halal. em, macam mana lah aku nak hurai ni. huu. Tapi yang menarik minat aku mengenai Cordyceps dibentangkan oleh Dato Chang Eng Thuan, dan gamat atau dikenali sebagai timun laut (dlm b.inggeris nya : sea cucumber) dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob.

Apa benda la Cordyceps nih? huu. Mengikut kefahaman aku jugak lah, Cordyceps (Dong Chong Xia Cao (冬虫夏草), which translates literally to 冬草 Winter Worm, Summer Grass 夏草), ianya sejenis kompleks yang berasal daripada fungi (parasit) yang menumpang kat larva dan membuatkan larva mati atau dah tak berfungsi, then ia tumbuh sebagai Cordyceps. Ini mengikut kefahaman aku la, dalam bahasa inggeris pula; Cordyceps is a dry complex composed of the fruiting body of the fungus Cordyceps and the larva corpses of the insects on which the fungus is parasitic. Nak tahu lebih lanjut pasal Cordyceps dan morfologi nya, klik sini. Dalam perbentangan mengenai Cordyceps ni, lebih fokus kepada kelebihan dan kegunaan Cordyceps sebagai ubat dan untuk dikomersialkan dengan lebih meluas.

Antara kelebihan2 Cordyceps ni ialah:
- Anti-tumor activities
- Potent anti oxidant activities
- Anti-aging effects
- Anti-diabetes (hypoglycemic)
- Enhances immune function
**Lain2 pasal Adenosine ke, tanya budak2 medic atau farmasi ek. huu. aku pun nak tahu penerangan yang lebih lanjut juga.

Begitu juga dengan gamat yang telah dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob. Selain menerangkan mengenai kelebihan2 gamat dalam perubatan (kelebihan utamanya sebagai 'wound healing agent'), beliau juga memperkenalkan produk baru yang berasaskan gamat iaitu Gamogen. Biasanya, dalam perubatan tradisional kita dah biasa guna minyak gamat atau lendir dari gamat (timun laut) terus untuk sapu kat luka. Tetapi tujuan perbentangan ini juga untuk komersialkan lagi penggunaan gamat dan produk Gamogen (Gamat Healin) tu dengan lebih luas sehingga peringkat antarabangsa. Al-maklum lah, yang datang ke seminar WHR ni bukan sahaja dari Malaysia, malah juga dari negara2 lain.

Lain2 perbentangan menarik juga, banyak lagi lah kalau nak diterangkan mengikut satu2 paper yang dibentangkan. Secara ringkas nya, produk pharmaceuticals yang disahkan halal memang susah didapati di pasaran, tetapi kita boleh dapatkan daripada produk CCM (Chemical Company Malaysia), dan ada juga penerangan mengenai herba2 yang memang kita tahu ianya halal. Selain itu, Dr. Mahvash Hussein juga menerangkan mengenai produk kosmetik halal, dan juga memperkenalkan produk mereka yang berjenama Saaf. Aku tak tahu la produk mereka sejauh mana disahkan halal itu. hee, ku hanya terpegun mendengar suara Dr. Mahvash yang best. ;p

Anyhow, aku nak buat ulasan ringkas kat sini, kita sebagai muslim researchers harus faham peranan kita bukan sahaja sebagai penyelidik tetapi juga sebagai seorang muslim. Oleh itu, dengan produk2 baru yang diperkenalkan oleh pembentang2 di atas, boleh dijadikan contoh untuk kita membuat lebih lagi penyelidikan dan mengeluarkan lagi lebih produk2 halal yang tinggi permintaannya. ceh, macam tinggi cita2 tu, tapi tak mustahilkan, sedangkan non-muslim berlumba-lumba mengeluarkan produk halal memandangkan sekarang ni permintaan untuk produk halal semakin meningkat.

*oh.
*oh.
hanya untuk dua sesi dah penat aku menaip. macam nak pecah dah kot keyboard ni.hehe, agak exagerate di situ.

kalau diikutkan memang nak sambung terus, tetapi dengan kepenatan yang dialami, dan juga untuk menerima sebarang komen sebelum aku melakukan banyak lagi kesilapan. Kawan2 yang lebih pengetahuan tu, jangan lah segan silu untuk memberi komen, kritikan, dan pandangan masing2, dan jangan lupa untuk share maklumat lebih.

p/s: Aku hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa untuk memperbaiki diri.

See ya next entry.:)

June 27, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 1)


Assalamualaikum. hehe.

Sepertimana yang dijanjikan untuk mengupdate kembali pasal kegiatan aku di KLCC sepanjang 23hb-25hb Jun 2010. Dalam entri lepas, aku ada sebut pasal seminar yang aku join ni. yess, i got so much new info and knowledge. ;)

Experience is a jewel, and it had need be so, for it is often purchased at an infinite rate.
-William Shakespeare

Jadi, dengan kekurangan dan ke"lembap"an otak aku yang memang lambat "pick up" sikit, aku nak jugak share kat sini apa yang telah aku dapat dari sana. huu~ tapi untuk part 1 ni, aku just buat review secara roughly dulu. Nanti aku akan update lagi untuk ulasan setiap paper atau speech mengikut kefahaman aku kat next entry.

[agak kusyuk disitu, tapi masih tersengeh2. hehe.]

Jenuh jugak aku nak buat ulasan untuk setiap paper yang telah dibentangkan. Program ni berlangsung selama 3 hari dan sebanyak 23 research papers yang telah dibentangkan sepanjang program ini. Aku dengar semua, tapi ada jugak certain parts yang aku tak berapa nak faham dan tak berapa terfokus sangat. haish~

Day1 : 23rd June 2010

[atmosphere in the conference hall]

Session 1: Global Perspectives of Halal Innovation
  • Paper 1: "Facets of Halal Industry" by Y.Bhg Dato' Dr Ismail Ibrahim
  • Paper 2: "Updates of Halal Innovation in USA" by Dr. Mian N. Riaz
  • Paper 3: "Palm Oil: Alternative Ingredient for World Market" by Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Basri Wahid
  • Paper 4: "Penetrating the Global Halal Market" by Assoc. Prof. Dr. Winai Dahlan
Untuk sesi pertama, pendedahan awal bagi halal, bukan sahaja halal dalam makanan. Tapi juga halal dalam kosmetik, perubatan, dan alat2 atau bahan2 untuk menghasilkan makanan juga dibincangkan di sini.

Session 2: Emergence of Halal Pharmaceuticals Product
  • Paper 5: "Success Story-Commercialization of Cordyceps" by Y.Bhg. Dato' Chang Eng Thuan
  • Paper 6: "Potential of Sea Cucumber Products in Halal Industry" by Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob
  • Paper 7: "Future of Halal Lifestyle Products" by Dr. Mahvash Hussein
  • Paper 8: "CCM : Championing Halal Pharmaceuticals" by Mr. Leonard Ariff Abdul Shatar
  • Paper 9: "China Perspective in Alternative Medicine" by Joe Zhou, Ph.D
  • Paper 10: "Potential of National Herbs in Halal Pharmaceuticals Industry" by Prof. Dr. Zhari Ismail
Untuk sesi kedua pula, kalau ikut tajuk2 di atas la, lebih fokus kepada perubatan atau pharmaceuticals. Produk baru yang halal untuk pharmaceutical ni juga diperkenalkan.


Day2 : 24th June 2010

[picture of one of the speaker]

Session 3: Updates in Halal Science, Technology, & Commercialization (Part I)
  • Paper 11: "Unravelling The Issue of Alcohol for the Halal Industry" by Encik Dzulkifli Mat Hashim
  • Paper 12: "Emerging Pattern of Innovation in Halal Food Industry" by Mr Rupert Sutton
  • Paper 13: " Stevia : The Next Generation of Sweeteners" by Datuk Mohamed Arsad bin Sehan
  • Paper 14: "Halal Services in Logistics" by Mr. Muhammad Azmi Zulkifli
Untuk sesi yang ketiga, lebih kepada isu2 halal dan kaitan dengan sains dan teknologi. Ada juga produk baru yang dikomersialkan di sini iaitu stevia, sweetener yang boleh digantikan dengan gula, haa. penerangan lanjut mengenai stevia kat next entry ye.

Session 4: Updates in Halal Science, Technology & Commercialization (Part II)
  • Paper 15: "Supercritical Fluid Application in Halal Industry" by Mr. Pajiens Antounius Franciscus Maria
  • Paper 16: "Halal Opportunities in Emerging Markets : West Asia & CISR" by Y.Bhg. Dr. Abd Rahman Bidin
  • Paper 17: "Sourcing and Securing Funding for Entrepreneurs" by Ms. Ellynita Hazlina Lamin
  • Paper 18: "Focusing R&D for Halal Food Industry" by Dr. Mohamed Shafit Hussain
Sesi ke-4, masih dalam skop halal dan kaitan dengan sains dan teknologi.


Day3 : 25th June 2010


Session 5: Halal Science and Shariah
  • Paper 19: "Updates on Halal Product Authentication" by Prof. Dr. Yaakob Che Man
  • Paper 20: "Updates on Meat Science and Technology" by Prof. Abdul Salam Babji
  • Paper 21: "Feed Act and Halal Feed Industry" by Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Aziz Jamaluddin
  • Paper 22: "Growth Media for Enzymes and Starter Cultures in Halal Perspectives" by Dr. Ali Fanous
  • Paper 23: "Innovation Technology the Next Frontier" by Y.Bhg. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha Al-Masrie
Sesi ke-5 atau terakhir, perbentangan2 dalam sesi ini lebih kepada kaitan soal halal dalam sains dan syariah. Contohnya, dalam part daging, secara terang-terangan daging bab! atau dikenali "pork" dalam bahasa inggeris nya adalah haram. Tetapi perbentangan kali ini lebih kepada isu2 yang melibatkan pemprosesan daging atau makanan lain dengan menambah bahan2 yang tertentu yang tidak pasti dari sumber halal atau haramnya.

oh, kalau diikutkan hati disini jugak aku nak huraikan segala-galanya. Tapi, ianya tidak memadai, semalaman tak habis aku menaip hanya 1 entri, kalau aku nak sumbat segala-galanya kat sini.hehe.

[First Malaysian Astronaut, Y.Bhg. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha Al-Masrie]

Secara kasar dan tidak berapa nak halusnya, memang lah seronok disamping dapat sedikit sebanyak ilmu, peluang makan percuma dan barangan atau "goodies" percuma ni lagi lah takkan dilepaskan..hehe. Nampak si hensem kat atas tu. oh, admire dia juga sikit2. eheks ;p sikit aje ok. dah nak jadi laki orang dah tu dalam bulan Oktober tahun ni ;)

**pss, yang highlight colourful tu untuk tujuan rujukan peribadi sebenarnya. heh, nanti mungkin aku akan update lagi entri dengan tambah link kat tempat yang kaler2 tu.


some other reviews:

[in the exhibition hall]

Maaf ye, kawan2 lambat betul aku menghupdate setiap entri. see u next entry. nak buat ulasan pun kena study jugak, hee. takut juga nanti merapu tak tentu pasal. dah la speed otak tak berapa nak cepat sangat. tu lah, makan MSG banyak kot.ish ;p

June 24, 2010

tak sampai seminggu dah rindu


Haha! Tulah, siapa suruh deactivate. Aku juga yang nak. hehe, nasib baik la aku kata itu hanya lah sementara. Bukannya apa, macam2 kawan kat situ, kadang2 seronok juga. Walau dah lama tak jumpa, tapi masih boleh berkomunikasi kat situ. Dah la my housemate, Asila dan Hasnur dah balik kampung. Lagi lah rasa gian nak stalk diorang punya page. hmm, tapi diorang pun ada blog, itu pun dah kira ok. Tapi kawan2 lain? huk3. rindu-rindu serindunya. ahaks ;p


Dah ada juga yang bertanya soalan yang ada unsur berkaitan kehilangan aku disitu. eceh, apapun, nantilah aku muncul kat situ balik. Saja je, nanti aku main2 kat fb tu, lupa pulak nak update blog ni. Tak pasal-pasal bersawang lagi. hu.

Bukannya apa, aku tergedik2 nak reactivate akaun ni, sebab rasa nak update status dan letak gambar2 yang aku dah alami dari hari ke hari. huh. macam la kat sini tak boleh buat. Bila sebut pasal update, blog ni tak berapa nak up-to-date sangat. Banyak cerita dah ketinggalan zaman. Lagipun, selalunya aku update cepat2 kat fb. hehe. Tapi apa aku kisah, ini blog aku. Mesti ada juga cerita yang dah lepas2 tu, aku nak jugak sumbat kat sini. Kenangan yang tak boleh dilupakan. Sebut pasal kenangan ni. Nantilah, aku update sikit pasal ekspedisi panjat Broga haritu. aduh tangguh lagi, mana tak nya ketinggalan zaman. hihihi.

***************

Penat juga hari ni. Sebenarnya ni baru boleh relaks2 mengadap laptop ni. Semalam dan hari ni seharian di KLCC. Esok pergi lagi. Haa, buat apa aku ke sana?


seminar: World Halal Research Summit 2010. (23-25th June)


anjuran: Halal Industry Development Corporation (HDC)

wahh! seronok juga sebab dapat banyak ilmu dari researchers yang present diorang punya paper. Walaupun ada sedikit ketidakpuasan hati aku tentang apa yang berlaku especially semalam, hmm.. tapi pedulikan lah semua itu. Yang penting ilmu.. :D

Kalau ikutkan lagi, aku nak share jugak apa yang aku dapat. Tapi nak tunggu sampai habis dulu lah program ni.

ah. ngantuklah. see ya then :)

June 9, 2010

MASUM 2010

Kenangan masum masih lagi berlegar-legar difikiran ini. huhuhu.

[ni kat alamanda masa nak cari hadiah untuk wadhihah*baby usrp*]
.
.
.
one word to say "seronok"

hanya sebagai urusetia (17-31hb Mei 2010)

[.semua urusetia. bergambar dengan TNC selepas majlis amanat dari TNC kepada team urusetia]

[my best team. mereka lah banyak menolong dan support aku semasa bertugas]
*thanks a lot to them ;)


[bergambar selepas majlis pembukaan taekwondo]

.
*********
ada apa dengan MASUM sebenarnya?
seronok sangat ke?
sebab boleh usha atlit hensem kot
tehehee.. gatal, gatal dan gatal. ;p
.
yang penting, pengalaman sebenarnya :)

***
antara acara2 yang sempat aku tengok dan ikut bertugas/menyibuk:

[taekwondo]
[he's korean look. handsome lah]
ehehee..gatal lagi ;p

[USIM vs UMK -basketball]

[basketball]

**************
majlis perasmian penutup (30hb Mei 2010), persembahan hebat2.wahh. tapi tak sempat tengok Black mentor nyanyi disebabkan ada tugas2 yang perlu diselesaikan. tak apalah, bukannya minat sangat pun kat Black ni. aku lebih minat dengan team unimas ni. huhuhu.

[bergambar kat airport, semasa hantar team unimas]
*they are so friendly*
seronok dengan mereka :D

[gambar ni sebelum bermula majlis perasmian penutup, urusetia bersama atlit dari UTeM dan UNIMAS]

[urusetia usim dan atlit unimas]
....
[tahniah kepada pemenang2]

tahniah juga kepada usim, kerana berjaya meraih 7 pingat emas. dan mendapat tempat yang ketiga dari 20 universiti yang terlibat.

*******

31hb Mei 2010

[with baby usrp Wadhihah binti Sulaiman]


p/s: banyak gambar yang diambil sepanjang program masum ni. tapi ini sahaja yang terpilih disebabkan gambar2 ni yang paling aku suka dan tak larat nak upload banyak2 dah. huhuhu.