September 30, 2010

saya sibuk?


ok ! saya sibuk ! saya bizi ! saya penyibuk. eh tersibuk !
oh. oh. mengalahkan perdana menteri. ish.ish.ish.
alamak ! blog dah bersawang..huu. lama tak update ! jangan jenguk blog ini lagi !!! maluu.. :(

mode: .tension.stress. 

Allah nak uji lah ! Sabar ya ! 

September 9, 2010

Selamat Datang Encik Syawal

Hmm, eh, eh, Encik Syawal dah nak datang. Hmm, cepatnya.. bila En.Syawal datang, kebiasaan umat Islam bergembira menyambut hari raya. tetapi bagaimana dengan Encik Ramadhan?? Tiba-tiba rasa sebak dihati untuk berpisah dengan'nya (En.Ramadhan). Kenapa 'engkau begitu cepat berlalu. Hanya Sekejap sangat rasanya bersama'mu.. Masih kah ada peluang aku akan bertemu dengan'mu pada tahun hadapan? Ya, Allah panjangkan lah umurku dan semoga dapat bertemu dengan'nya lagi.  Ku bakal merindui'mu ya Ramadhan.. [monolog sendirian] 

Dikesempatan ini, ku mengucapkan Selamat datang kepada En.Syawal dan SELAMAT HARI RAYA buat semua.. 

ANDAINYA,,
terkasar bahasa,
tersilap bicara,
termarah yg xkena,
tertanya xtentu hala,
tersasul yg xsengaja,
tertuduh perkara yg xbenar,
terpekak bila ditanya,
ternasehat xkena gaya,
terpinjam dan terlupa pulangkan segera,
termoody xsemena-mena,
dan termcam2 lgi yg xsengaja dan sengaja,
sy memohon maaf zahir dan batin,
SELAMAT HARI RAYA..
HEPI EID MUBARAK~ 


Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah mengetag kad raya yang cantik, comel² dan hasil karya sendiri. :) Berbagai-bagai bahasa yang aku dapat, kelate, nogori, jawe dan lain²... ini lah dinamakan satu Malaysia.. hahaha :D
from Kipi Kipi Jo
from Kak Thuraya
from Poih
from Salmi
from Izzah Comei
from Kak Mala
from Husna Hamdan
from Hanim Dzulkifli
from Wae
from Wang
from Sabrina Salwa

Thanks to all for the nice card =)

noted: "selepas berlabuhnya tirai ramadan, masjid jgn dibiar sunyi (solat wajib lebih utama utk dijemaahkan berbanding tarawih), anak2 yatim jgn dibiar yatim 11 bulan, puasa2 sunat diteruskan, kehidupan malam jgn dimatikan" [copied status from Kal-Kausar]

SELAMAT HARI RAYO BUAT SUMO, MAAF BLAKO-BLAKO DEH. ;)


September 8, 2010

Iklan Raya paling TAK best


Tadi, blog walking kejap, tengok ada yang buat entri pasal iklan ni. Sebenarnya, dah lama dah ku tengok iklan ni kat youtube. Diorang asyik duk sebut² pasal ni, ku pun menyibuk tengok juga lah.huhu. Ku tak banyak komen dah, sebab iklan ni dah tak disiarkan dah.. hmm RUGI ja, design iklan penat², banyak duit habis nak buat iklan ni.. apa pun, ambil iktibar daripada apa yang berlaku. lain kali, hati-hati lah dalam membuat keputusan.

Nasib baik lah ramai yang prihatin, lagipun dah terang-terangan dalam iklan ni, orang nampak pakcik tua berkopiah santa-look like, dan naik basikal reindeer-look like, lain² yang ada pelita bunga² tu lain macam aje semuanya. oh! giler ~



  

tak tau apa nak cakap dah. lagipun dah ramai yang tahu pasal ni. nanti google aje nak dapatkan lebih info n pendapat masing², ramai yang tulis entri pasal iklan ni. minta maaf kepada yang menulis entri pasal ni [yang ku pernah baca], tak boleh nak buat link korang, sebab laptop ni asyik jeng, stuck n sewaktu dengannya.

so pengajaran atau iktibar yang kita boleh dapat daripada semua yang berlaku seperti di atas, hati-hati bila membuat keputusan. Sepatutnya sebelum iklan ni disiarkan, ia ditapis @ fikirkan pro and cons tentang iklan tersebut. So, kepada kawan² yang mana bakal jadi editor ke, penerbit ke, ads designer ke, apa² jua bidang , ambillah iktibar daripada semua ni. Banyak mende kita kena hati-hati tau, memandu pun kena hati-hati supaya dapat elakkan kecelakaan, bercakap pun kena hati-hati untuk elakkan ada yang terluka. Dengan kata lain, berHATI-HATI lah dalam apa jua yang kita lakukan dan AKAL FIKIRAN yang Allah telah anugerahkan kepada kita tu haruslah digunakan dengan baik :)

Then at last, kita tak boleh juga nak kutuk TV3 yang menyiarkan iklan macam ni, biasa lah, yang design atau buat iklan ni pun manusia juga, Setiap manusia ada melakukan kesilapan atau kesalahan. that's why lah, kita harus bermaaf-maafan dan saling memaafi antara sesama kita. eheh, minta maaf ya, ku pun kadang² mulut ni main redah aje juga. 

p/s: ini hanya pendapat aku, salah silap harap maaf

MAAF DIPINTA DAN SELAMAT HARI RAYA


just appreciating


Hanya untuk mengucapkan banyak sebanyak-banyaknya TERIMA KASIH.

hehe, walaupun entri itu hanya lah tidak seberapa sangat, tapi layak pula memenangi saguhati. 
memang sangat tak di sangka lah, lagipun first time i join contest² dalam dunia blogging ni.huhu.

thanks to TEHA. :)

Salam perkenalan blogger =)
dan
SELAMAT HARI RAYA.:D

p/s: so sorry teha, laptop agak tidak sihat menyebabkan i terpaksa delete entri yg lepas. n entri ni pun tak seberapa. 

September 3, 2010

Love Note

.Nota Cinta.



Andainya dapatku menulis
nota-nota cinta
buat diriNya
inginku titipkan bersama
semua kuntuman bunga
yang indah berseri
ku sembur haruman mewangi
bersama kata-kata puji
sedang Dia Tahu
kasih dan cintanya aku
menjalin ikatan menuju ke syurga

cintaku kepada Dia
rinduku hanya padaNya
kasihku tulus buatNya
setiaku balas kasihNya
kasihku kasih yang setia
pada Yang Punya

dambaku pada Yang Esa
pujian hanya buatNya
akurku kebesaranNya
teragung Maha SuciNya
taatku hamba yang hina
pada Pencipta

kiranya aku hilang arah
jalan hidupku berubah punah
namun kasihNya
tak pernah akan musnah
belas RahmatNya
terus mencurah-curah
nur hidayahNya
semakin cerah



****************************
Soundtrack and lyric:
Nota Cinta - Saujana
***************************

Cinta kepada tumbuhan, tumbuhan akan mati, cinta kepada haiwan, haiwan akan mati, cinta kepada manusia, manusia akan mati, tapi cinta kepada Allah, akan kekal selamanya…