July 31, 2010

inside my mind


i don't know other people think about me.
i don't know what they say.
and i don't know what will happen.


hey you, what's up?
i really miss you.
just miss you.

July 9, 2010

BarakAllah بارك الله

ho.ho.ho.
im just listening this song tonight.
my bedtime song. ahaha!


yep.yep.yep.
i really loves this song. eh, eh, it doesn't mean i gatai nak kawen ye. anyway, here i juz wanna dedicate to those who are going to get married. especially WAE, my housemate. ops. why her?hehe.
oh, peaceful night, gotta sleep now.
Selamat malam vs Assalamualaikum :)

p/s: Let's raise our hands and make Do'a

Doa Hendak Tidur

"Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup dan dengan namaMu hamba mati".

July 5, 2010

Damn. just monolog

.Still mental blocking.
when i try to touch my keyboard, and i dont know what i want to write about.
sometimes, my idea just came out when i was in toilet, when i was waiting or when i wasnt in front of my lappy or 'out of coverage'.
*sigh*
never mind
it just a blog
but actually
i should write up something that i know to share with other people.
i thought if we have a blog, we still have responsible to share something good or something new. hoho. something2 la!
but..
apa yang ko tahu lo?
write..write..write..

udah-udah le berangan tu!
tesis writing tak siap lagi oii!
AAAAAAAAA

p/s: okay. it just some words to throw out my emo. ;p

June 30, 2010

Stars bola sepak yang telah 'di sumpah'

Masa blog walking tadi,
tetiba aku view video iklan NIKE ni.



Kalau tengok iklan ni, semua watak2 yang ada dikira pemain hebat kononnya. Tapi mengikut tontonan aku kat CAWAN DUNIA kali ni, hmm. kan banyak pasukan2 yang tak dijangka terpaksa balik awal. heh, macam tak percaya aje. Betul ke? haha! tak banyak aku nak komen pasal ni, untuk explaination selanjutnya, baca ini, ini, dan ini.

June 29, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 3)


Fuhh, agak susah juga bila nak taip entri yang agak berilmiah. heh, ye lah, untuk kongsi ilmu ni, kena lah pertingkatkan ilmu dalam diri sendiri terlebih dahulu dan bersedia untuk menerima sebarang komen, teguran, kritikan, pandangan dan sewaktu dengannya. kan kan kan? Sebelum ni, ntah pape kandungan entri2 aku. heh, malas kot nak menaip dan kadang2 tu, otak kering. ish, itu tidak patut ye!
*************
Sila baca personal view (PV) dan komen Sya untuk sesi pertama dan kedua (1st day) kat blog dia, jadi untuk menambahkan lagi info tentang entri sebelum ini.

Berdasarkan jadual, di sini akan aku cuba untuk buat penerangan dan ulasan secara ringkas paper2 yang telah dibentangkan pada kedua-dua hari (untuk sesi ke-3, 4, 5 dan 6). Hmm bolehkah dimuat untuk 1 entri ni?
************************

Session 3 & 4: Updates in Halal Science, Technology, & Commercialization (Part I & II)

Berkenaan isu alkohol dalam industri halal yang dibentangkan oleh Encik Dzulkifli Mat Hashim, agak menarik tetapi aku tidak dapat membuat ulasan di sini, disebabkan kurang fokus semasa perbentangan beliau dan banyak persoalan mengenai alkohol yang bermain2 dalam benak fikiran membuatkan aku hilang fokus. So, aku ada tanya encik google mengenai isu ni, dapatlah juga sedikit sebanyak maklumat dari HDC, klik ini.

Berkenaan Stevia pula dibentangkan oleh Datuk Mohamed Arsad bin Sehan (managing director, Pure Circle) dan beliau juga memperkenalkan produk stevia daripada Pure Circle. Apa itu Stevia? Stevia merupakan ekstrak daripada sejenis tumbuhan dari kalangan Chrysanthemum (semi-humid sub-tropical plant) di mana ia senang tumbuh macam 'vegetable crop'. Ianya berasal dari Brazil dan Paraguay dan terdapat sepanjang tahun dalam alam semula jadi (perennial in nature) - macam pelik aje translate dalam bahasa melayu. harap faham ya, untuk lebih jelas lagi mengenai Stevia, boleh baca di sini. Penyelidikan telah dibuat bahawa Stevia (extracted sweetener) boleh menggantikan gula dalam makanan dan ianya 300 atau 400 kali lebih manis berbanding gula. Stevia tidak mengandungi kalori. Jadi, ianya juga dibuktikan boleh mengurangkan obesiti.

[molekul dalam Stevia : Rebaudioside A]

Perbentangan Supercritical fluid Technology oleh Mr Toine Paijens. Pasal ni, aku tak reti nak terangkan dalam bahasa melayu. So, aku jelaskan serba sedikit dalam bahasa inggeris.

Supercritical fluid is used as a gas (vapor) pressurized above its critical point.
The technology is about the uses of a Supercritical Fluid instead of a common organic solvent (like ethanol, acetone, hexane, etc) to extract/dissolve compounds from solids and fluid mixtures. (Toine Paijens). Klik sini untuk lebih maklumat berkenaan Supercritical Fluid. Carbon Dioxide is the most interesting gas for Supercritical application because its convenient properties: Pc = 74 bar, Tc = 31 degree celcius. In halal process technology, he (Mr. Toine Paijens) also explain about the application of supercritical Carbon Dioxide (CO2) in dry cleaning of textiles, textile dyeing, production of herbal extracts, production of pharmaceutics, and extraction of water.
There are several advantages of application of supercritical CO2 that shows it's halal:
- Solvent (CO2) is non toxic and environmentally friendly: product meets highest food grade requirements, including HALAL requirements.
- No fresh water applied, no waste water, the process is extremely environmentally friendly.
- The process is highly sustainable as both CO2 and leftover dyestuffs are fully recyclable.
- High solvent power, transport properties of a gas, capacity of a liquid: fast, high capacity processing.
- Better product quality : e.g, the fruit and vegetables are crispy and tasty.
- Processing is inexpensive, has little consumables as CO2 is easily recyclable.

**Untuk maklumat lebih lanjut juga, boleh minta salinan / rujuk hard copy slide Mr Toine Paijens dari aku. *thanks to HDC sebab sudi bagi hardcopy slide dari presenter2 walaupun tidak semua slide yang kami dapat*

Lain2 perbentangan pada sesi ke-3 & 4 ni, masih dalam skop mengenai kaitan halal dengan sains dan teknologi. Ada juga perbentangan yang aku tak ulaskan disebabkan kurang faham dan tak berapa mahir dalam bidang tersebut. Dengan kata lain, tahu sikit dan faham gitu2 je. Lagipun, kalau nak diterangkan semua, mahu tak lenguh jari-jemari aku. heh, boleh minta upah la kalau nak semua, tak pun join je seminar sendiri. tak payah aku ulas panjang2. hee ;p Bukan berkira atau kedekut ilmu, tapi ilmu yang aku dapat setakat ni, so sape2 yang dapat lebih tu, sangat dialu2kan untuk share kat sini juga.
*****************

Session 5: Halal Science and Shariah

Pada sesi ke-5 ni, mengenai isu produk sah halal yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Yaakob Che Man. Ulasan yang diberi oleh Prof. Dr. Yaakob juga boleh dibaca di sini (yang tahun lepas punya). Rasanya tidak perlu aku huraikan lebih panjang lagi sebab content yang aku dapat hampir sama.
Isu yang paling hangat ialah mengenai Meat Science and Technology yang dibentangkan oleh Prof. Abdul Salam Banji. Terutama dalam meat processing, sejauh mana sumber halal untuk memproses daging dan menghasilkan produk daging. Untuk mengesahkan halal, pelbagai sudut yang perlu dititik beratkan untuk memastikan daging atau produk daripada daging itu halal atau tidak. Memanglah secara terang-terangan daging bab1 (pork) haram tetapi dalam isu ini lebih ditekankan mengenai bagaimana penyembelihan, pemprosesan dan bahan2 yang digunakan atau dimasukkan dalam daging.

[blood plasma @ plasma darah yang dimasukkan dalam produk seperti bebola ikan/daging dan sosej untuk meningkatkan kualiti produk tersebut]

*Darah memang jelas haram, jadi sudah tentu makanan yang mengandungi plasma darah haiwan (walaupun disembelih secara halal sekalipun), ia tetap HARAM. Tetapi ramai Muslim yang masih tidak faham dan tidak alert mengenai isu plasma darah ini. Hal ini juga berkaitan dengan kajian2 yang telah dibuat oleh Prof Salmah mengenai produk surimi yang mengandungi plasma darah. Maklumat lanjut, rujuk ini atau klik sini.

Setahu aku, dah ada kajian dibuat untuk menggantikan plasma darah dengan darah ikan. Pasal darah ikan ini ada kaitan dengan perbentangan oleh Dr. Ali Fanous.

Growth Media for Enzymes and Starter Cultures in Halal Perspectives by Dr. Ali Fanous:

Haa, ini pun antara isu menarik juga. Untuk mengesahkan Yogurt atau fermentation product lain yang kita makan tu halal atau tidak, mesti juga dilihat dari mana sumber kultur untuk menghasilkan produk2 fermentation tersebut.

Starter cultures ialah microorganism yang digunakan untuk menghasilkan produk tenusu (dairy product) seperti yogurt dan keju (cheese). e.g, Primary function of lactic starters is the production of lactic acid from lactose. Production of starter cultures include several steps that are; 1. Preparation of growth media, 2. Cultivation of bacteria (fermentation), 3. Concentration of bacteria and freezing the pellets. and 4. Freeze drying. Lagi2 info tambahan: klik 1 dan klik 2.

Fungi, yis dan mikro-organisma lain amat penting dalam menghasilkan makanan dan minuman dan juga memainkan peranan penting dalam pertukaran bahan2 menjadi makanan (conversion of ingredients into food), contohnya dalam pembuatan roti, keju, yogurt dan alkohol. Yis dan fungi juga memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan dadah, proses makanan, agen bio-control, dan juga bioteknologi enzim.

Dalam perbentangan beliau, Dr. Ali ada juga menerangkan mengenai darah ikan yang juga merupakan komponen medium pertumbuhan (growth media), disebabkan potensi untuk penghasilan darah ikan mencapai sebanyak 12,000 metric tons pada tahun 2006. Darah Salmon (contohnya) yang mengandungi protein mudah hadam (easily digested protein) dan kepekatan poly-unsaturated Omega-3 fatty acids yang tinggi.
Selain itu, beliau juga memberi penerangan tentang aplikasi darah ikan dalam makanan, contohnya sebagai "iron or binding agents" dan juga digunakan untuk mengawal suhu ais krim.

Status halal darah ikan:

"He hath forbidden you only carrion, and blood, and swineflesh, and that which hath been immolated to (the name of) any other than Allah. But he who is driven by necessity, neither craving nor transgressing, it is no sin for him. Lo! Allah is Forgiving, Merciful" (2:173).

Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Made lawful for you are the flesh of two dead animals and two types of blood. As for two dead animals and two types of animals, they are the locust and the fish. And as for the two types of blood, they are the blood of the spleen and the liver"

*****************
ok lah, setakat ini sahaja lah sedikit sebanyak ulasan dan maklumat2 yang aku boleh share kat sini mengenai perbentangan dalam seminar WHR 2010. Sekian, see y'all then. Jaap lagi nak pergi lab. tesis maa!!

[bergambar kat situ juga antara kenangan best]

p/s:Aku hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa untuk memperbaiki diri. Sebarang kekurangan harap dimaafi :)