June 28, 2010

World Halal Research Summit 2010 (part 2)


..Baru lepas baca view dari akak senior yang join WHR tahun lepas. Kalau nak baca jugak, klik sini untuk pengenalan, part 1, dan part2. Sebelum ni, aku dah letak link2 ni kat bawah entri lepas. Apapun, untuk memudahkan, tak payah belek dah entri2 sebelum ni, aku letak jugak kat entri ni. Sebelum aku mula taip lebih panjang lebar lagi, untuk perhatian semua, macam biasa lah, penggunaan bahasa agak tunggang-langgang. Al-maklumlah, aku agak lemah dari segi sudut bahasa nih. harap maaf ye semua, aku masih belajar..


Session 1: Global Perspectives of Halal Innovation

Sepertimana yang kita ketahui, halal ialah dibenarkan dan bagus untuk digunakan oleh komuniti Islam. Dalam pembentangan kali ini juga, diterangkan mengenai konsep2 halal dan objektif2 atau hikmah disebalik kenapa kita perlu memilih halal.


Dalam pembentangan untuk sesi pertama, paper pertama oleh Y.Bhg Dato' Dr Ismail Ibrahim menerangkan mengenai aspek2 industri halal iaitu kita perlu belajar mengenai al-Quran, research and development or Quranic Science, alert dengan perkembangan teknologi baru dan industri halal. Biasanya, konsep halal dikaitkan dengan makanan dan minuman tetapi halal juga terbahagi kepada produk dan servis.

Produk:
-makanan (frozen, chilled, ready-to-eat, snacks, ingredients, additives, spices)
-ubat-ubatan
-kosmetik
-fesyen

Servis:
-standard and certification
-education, training, R&D
-finance
-tourism

Boleh juga rujuk dalam al-Quran:
-Al-Baqarah, ayat 168 mengenai makanan halal dan juga disebut dalam surah A-Nahl, ayat 114-115.
-A-Nahl, ayat 69 berkaitan dengan minuman
-Al-Baqarah (ayat 195) : industri ubat-ubatan halal
-Al-Baqarah (ayat 222) : Kosmetik
-Al-Baqarah (ayat 278) : Kewangan
-Al-Hujurat (ayat 6) : Pensijilan halal
-An-Nisa (ayat 97) : Perlancongan

Pada pembentangan kali ini, Dr. Mian mengulas mengenai inovasi halal di USA. Konsep halal juga diterangkan dan lebih fokus kepada produk2 halal dari USA. Datuk Dr. Mohd Basri Wahid (MPOB) pula mengulas tentang lemak ('fat' yang berbentuk solid) daripada haiwan kini digantikan dengan lemak ('oil' yang berbentuk liquid) daripada minyak sawit (palm oil). Seperti mana yang kita ketahui, lemak (fat & oil) secara umumnya juga mempunyai kelebihan iaitu sebagai medium untuk perpindahan haba, untuk memperbaiki rasa, bau, dan tekstur makanan, sebagai sumber essential fatty acid, dan juga sebagai 'carrier' untuk vitamin A, D, E, K.

Di samping itu, MPOB (Malaysian Palm Oil Board) juga memperkenalkan produk2 baru mereka berasaskan minyak sawit la. Antara yang aku dapat capture slide2 haritu ialah:

[antara produk2 baru yang diperkenalkan]

**Aiyak, dah berbelit2 aku campur bahasa inggeris dan bahasa melayu. hee,marah mak aku (cikgu bahasa melayu).. Ma, jangan marah ;p

**Bukannya apa, nak translate satu2 cam pelik ja bunyinya. Anyhow, harap dapat memberi kefahaman untuk diri sendiri dan kawan2 sekalian. Nasib baik la, aku tak kena buat tesis dalam bahasa melayu macam kawan2 aku kat UKM. huhu.


Session 2: Emergence of Halal Pharmaceuticals Product

Haa, pasal farmasiutikal.erk? ejaan dalam bahasa melayu nya aku tak pasti la.huu. sory, so kat sini akan aku gunakan perkataan pharmaceutical. heh, dan 1 lagi masalah, aku bukannya dalam bidang farmasi. so, penerangan di sini berdasarkan apa yang dapat hari tu dengan disertai ilmu yang cetek ni. i'm still learning k. Kawan2 yang lebih ilmu nya, sila2 lah share kat sini. huhu :)

Dalam sesi 2 ni, lebih kepada perubatan dan ubat-ubatan halal. em, macam mana lah aku nak hurai ni. huu. Tapi yang menarik minat aku mengenai Cordyceps dibentangkan oleh Dato Chang Eng Thuan, dan gamat atau dikenali sebagai timun laut (dlm b.inggeris nya : sea cucumber) dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob.

Apa benda la Cordyceps nih? huu. Mengikut kefahaman aku jugak lah, Cordyceps (Dong Chong Xia Cao (冬虫夏草), which translates literally to 冬草 Winter Worm, Summer Grass 夏草), ianya sejenis kompleks yang berasal daripada fungi (parasit) yang menumpang kat larva dan membuatkan larva mati atau dah tak berfungsi, then ia tumbuh sebagai Cordyceps. Ini mengikut kefahaman aku la, dalam bahasa inggeris pula; Cordyceps is a dry complex composed of the fruiting body of the fungus Cordyceps and the larva corpses of the insects on which the fungus is parasitic. Nak tahu lebih lanjut pasal Cordyceps dan morfologi nya, klik sini. Dalam perbentangan mengenai Cordyceps ni, lebih fokus kepada kelebihan dan kegunaan Cordyceps sebagai ubat dan untuk dikomersialkan dengan lebih meluas.

Antara kelebihan2 Cordyceps ni ialah:
- Anti-tumor activities
- Potent anti oxidant activities
- Anti-aging effects
- Anti-diabetes (hypoglycemic)
- Enhances immune function
**Lain2 pasal Adenosine ke, tanya budak2 medic atau farmasi ek. huu. aku pun nak tahu penerangan yang lebih lanjut juga.

Begitu juga dengan gamat yang telah dibentangkan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Yaakob. Selain menerangkan mengenai kelebihan2 gamat dalam perubatan (kelebihan utamanya sebagai 'wound healing agent'), beliau juga memperkenalkan produk baru yang berasaskan gamat iaitu Gamogen. Biasanya, dalam perubatan tradisional kita dah biasa guna minyak gamat atau lendir dari gamat (timun laut) terus untuk sapu kat luka. Tetapi tujuan perbentangan ini juga untuk komersialkan lagi penggunaan gamat dan produk Gamogen (Gamat Healin) tu dengan lebih luas sehingga peringkat antarabangsa. Al-maklum lah, yang datang ke seminar WHR ni bukan sahaja dari Malaysia, malah juga dari negara2 lain.

Lain2 perbentangan menarik juga, banyak lagi lah kalau nak diterangkan mengikut satu2 paper yang dibentangkan. Secara ringkas nya, produk pharmaceuticals yang disahkan halal memang susah didapati di pasaran, tetapi kita boleh dapatkan daripada produk CCM (Chemical Company Malaysia), dan ada juga penerangan mengenai herba2 yang memang kita tahu ianya halal. Selain itu, Dr. Mahvash Hussein juga menerangkan mengenai produk kosmetik halal, dan juga memperkenalkan produk mereka yang berjenama Saaf. Aku tak tahu la produk mereka sejauh mana disahkan halal itu. hee, ku hanya terpegun mendengar suara Dr. Mahvash yang best. ;p

Anyhow, aku nak buat ulasan ringkas kat sini, kita sebagai muslim researchers harus faham peranan kita bukan sahaja sebagai penyelidik tetapi juga sebagai seorang muslim. Oleh itu, dengan produk2 baru yang diperkenalkan oleh pembentang2 di atas, boleh dijadikan contoh untuk kita membuat lebih lagi penyelidikan dan mengeluarkan lagi lebih produk2 halal yang tinggi permintaannya. ceh, macam tinggi cita2 tu, tapi tak mustahilkan, sedangkan non-muslim berlumba-lumba mengeluarkan produk halal memandangkan sekarang ni permintaan untuk produk halal semakin meningkat.

*oh.
*oh.
hanya untuk dua sesi dah penat aku menaip. macam nak pecah dah kot keyboard ni.hehe, agak exagerate di situ.

kalau diikutkan memang nak sambung terus, tetapi dengan kepenatan yang dialami, dan juga untuk menerima sebarang komen sebelum aku melakukan banyak lagi kesilapan. Kawan2 yang lebih pengetahuan tu, jangan lah segan silu untuk memberi komen, kritikan, dan pandangan masing2, dan jangan lupa untuk share maklumat lebih.

p/s: Aku hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa untuk memperbaiki diri.

See ya next entry.:)

No comments: